Hotel di UTM Skudai

Assalamualaikum, selamat malam semua !

Yaaa, mesti ramai dah tidur kan? Hehe. Jangan tidur dulu, malam masih muda. :D

Okay entry kali ni ain mahu menceritakan tentang Hotel di dalam UTM Skudai ni. Bagi mereka yang datang ke Skudai, kalau tiada tempat nak menginap, bolehlah datang ke Scholar's Inn Skudai ni !
Orang luar pun boleh tinggal kat sini, dijamin selesa. Dan setahu ain, hotel ini bertaraf 3 bintang.

Sebelum ain daftar ke UTM Skudai, ain dah survey mana tempat nak menginap. Mula-mula ingat nak tempah hotel kat luar, lepas itu kebetulan ada kakak senior bagitahu yang dalam UTM Skudai tu ada hotel yang selesa dan harganya boleh tahanlah.

Ain pun mula cari kat Google, dan mula lah survey tentang hotel tu. Lepas itu, ain cakap dengan abah suruh tukar hotel, abah pun setuju. Hehe, dapat potongan RM10  sebab guna kad matrik ain. Wuu.

Okay, ain ambil bilik yang detail dia macam kat bawah ni. Ni yang paling murah sekali. Sebab bilik yang ada aircond semua dah penuh :(

Tapi apapun , walaupun tak ada aircond. Suasana kat situ memang sejuk sangat, macam kat cameron oh !

Standard Room
Ceiling Fans
1 Master Bedroom with two single bed
1 Standard Bedroom with two single bed
Bathroom with water heater
TV

Kalau macam nak bawa 3-4 keluarga pun boleh muat untuk satu bilik tu, sebab kat Scholar's Inn Skudai ni, dia punya bilik macam rumah apartment. Memang selesa dan luas. Kemudahan pun dah disediakan tau !

Tak perlu bawa seterika, sejadah, water heater, peti sejuk, gelas, sudu, selimut, bantal. Sebab kemudahan ni mereka dah sediakan !








 Hehe, jadi macam mana? Okay kan hotel ni?

Jadi pada sesiapa yang bakal masuk ke UTM Skudai nanti, yang mana rasa nak tidur hotel. Sila lah tempah bilik di hotel ini. Sebulan sebelum daftar masuk ke universiti, awak dah kena booking tau ! Sebab biasanya lepas tu, bilik dah penuh. Jadi awak terpaksa booking hotel kat luar.

Tentang makanan, masa ain menginap di hotel ni. Dia bagi sarapan percuma untuk 2 orang sahaja. Untuk makanan tengahari, awak boleh makan kat kafe hotel ni. Tak mahal sangat harganya.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web ni :

www.utm.my/scholars-inn


Comments

Chot said…
pernah menginap kt situ mse req deg,...yg penting dekat dlm kaw utm tu so senang je laa

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?