Apa yang menarik tentang Universiti Teknologi Malaysia (Part 1)





Assalamualaikum. Selamat pagi dunia ! Memandangkan ain takP ada kelas pagi ni, jadi masa ini akan digunakan untuk tengok blog kejap. Kehkeh.

Okay, tak lama lagi nanti pelajar matrikulasi, asasi dan STPM akan mengisi borang kemasukan ke universiti untuk fasa pertama. Masa tu ramai pelajar akan berebut-rebut untuk membeli nombor pin. Macam kat matrikulasi Perak dulu, kat sana ada satu mesin ATM je. Jadi bayangkan lah bila semua orang nak beli nombor pin. Memang beratur panjanglah kan. Wuu.

Kepada adik-adik matrikulasi, asasi dan STPM, bila awak memohon kemasukan ke DEGREE. Sila pilih betul betul ye. Maksudnya daripada pilihan yang pertama sampai la pilihan yang terakhir, pastikan PILIH course yang anda minat. Dan sekiranya course yang awak minat tu , awak punya kelayakan tak lepas. JADI, sila pilih course ikut kelayakan masing-masing.





Sekarang ni, Universiti Teknologi Malaysia telah menapis permohonan pelajar-pelajar yang telah memohon UTM sebagai universiti pilihan mereka. Mengikut kata-kata pihak atasan, untuk kemasukan SEPTEMBER 2013, mereka telah memilih pelajar yang purata pointer mereka dalam lingkungan 3.70 ke atas. Ada je yang pointer 3.7o ke bawah tapi tak ramai.

Kehkeh, banyak pulak wa membebel pagi-pagi ni. Okay, so sekarang nak tau tak apa yang menarik kat UTM ni? UTM ni juga dikenali sebagai kampus EkoPelancongan.

Kat dalam ni memang suasana aman damai, banyak pokok, sejuk macam Cameron Highland, jarang sangat nak panas, selalu hujan sampai baju tak kering.dan macam-macam lagi. Haha.

APA YANG MENARIK TENTANG UTM?

1) Masjid Sultan Ismail, UTM




-Masjid ini siap dibina pada 1990 dan dirasmikan pada 23 Ogos 1991.
-Ia boleh menampung sebanyak 10000 orang jemaah pada satu masa.
-Direkabentuk dengan satu ruang bawah tanah.

Okay, masjid ini memang besar. Dan sangat lawa. Dekat ruangan bawah tanah tu, ada dewan peperiksaan, Dewan Al-Ghazali, Halal Mart dan macam-macam lagi.

2) Taman Rusa UTM




Siapa yang suka sangat dengan rusa, sila pergi ke sini yaa. Siapa yang tak pernah tengok rusa, haa kat sini ada siaran langsung rusa tengah makan, main, minum dan lain-lain. Hebat kan? Tak perlu pergi ke Zoo Negara. Haha.

Okay, nanti ain sambung lagi ye. Tata.

Comments

Cantiknya kampus..dah isi tabung anda.
fadwa daud said…
waaa..ada taman rusa!!! menarik..menarik.. nanti bila kelapangan ulak, datang la USM ye.. kita pakat mai pusing penang.. hehehe
Nisa said…
Teringin nak sambung belajar di UTM, but jauhnya. Takut homesick! Cukup-cukuplah belajar jauh dulu-dulu.
NurainSuperr said…
@muhammad khairuddin :

hehe, memang cantik. terima kasih !
NurainSuperr said…
@fadwa daud :

Hehe, tapi jauh daripada kolej. Wuu,, wah inshaallah. One day nanti kami melawat :)
NurainSuperr said…
@nisa :

Hehe, ain memang nak g sini. saja nak merantau.
EMYR ASHRAFF said…
wah! menariknya.. haha.. mcm Cameron ekk?? Ade taman rusa gyy..
Invisible Me said…
tarikh masjid tu dirasmikan macam best ja :p
Aku Penghibur said…
wahh cantiknya tempat di UTm.. tak pernah algi pergi ke sana
Rosmiza Ali said…
Bercerita pasal U ni tetiba rindu pulak zaman2 bergelar pelajar U dulu.. Rindu UMS.. =)
UNDIAN ANDA DIPERLUKAN!
Sis AI said…
UTM eh.. Yeah, memang dapat maklumat daripada sorang pakwe ni kat Skudai yang kta UTM ni demand students. Tapi takpe la, nak jaga reputasi kan. :)

Still, dengar crita dh mcm zoo jugak uni ni, haha! Tapi best kot environment macam tu.
NurainSuperr said…
@EMYR ASHRAFF :

haha menarik la jugak :P lebih kurang tapi sini tak la sesejuk cameron. hihi
NurainSuperr said…
@invisble me :

Eh awat? tarikh lahir kamu ea? :D
NurainSuperr said…
@aku penghibur :

alhamdulillah, mmg cantik pemandangan sini. mai la sini. kiki bercuti di hotel kat dalam utm ni
NurainSuperr said…
@rosmiza ali :

Ecceceh, mengimbau kenangan dulu-dulu ye kak :D
UMS ? jauhnyaaa
NurainSuperr said…
@sis AI :

hehe memang betul tu, aah . setiap universiti ada cara masing-masing kan. Memang, macam macam haiwan ada, haha. Yea best jugak sebab tenang dan damai :)
Cik Pensil said…
cantik ;D ain yang tangkap gambar2 tu?
NurainSuperr said…
@cik pensil :
yg gambar masjid tu ain tangkap,hehe.
fara said…
Akak klu band 2 bole ke mhon utm ?
NurainSuperr said…
@fara : boleh saja awak ^^
Miss melon said…
akak ada ke orang amek kos ni yang pointer matriks dia 3.4 something ? akaakkk kita mohon ni tapi .. takut tk dpt , kita letak kos ni utm kat pilihan pertama ., akak kita nak num akak kalau tak keberatan ,

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?