Posts

Showing posts from September, 2013

Sarung Kaki Project

Image
Assalamualaikum. Okay mesti anda semua tertanya-tanya apa itu Sarung Kaki Project?? Ini adalah salah satu alternatif baru untuk menyebarkan dakwah tentang kepentingan menutup aurat. Kita semua tahu bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan kan? Dulu Ain buat endah tak endah tentang pemakaian stokin ni. Sebab Ain tengok ramai orang tak pakai. Jadi sebab tu laa ain tak pakai. Tapi sekarang? Alhamdulillah, bila keluar je mesti pakai stokin. Memang selesa sangat bila pakai stokin. Ini pun atas usaha rakan ain kat matrik yang selalu sangat suruh ain pakai stokin. Selain itu, dapat menutup kawasan kaki kita ni. Tak semua punya kulit kaki yang cantik kan? Hee. Okay ni explanation tentang apa yang mereka nak buat sebenarnya : Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga Allah terus memberi kekuatan buat kita semua untuk berdakwah di jalan yang ALLAH redha. Tidaklah lain kewujudan "Sarung Kak

Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru (Part 1)

Image
Assalamualaikum ! Mesti ada dah yang tidur ni kan? Hehe. Okay, malam ni nak share sikit tentang pusat membeli-belah yang ada kat Johor Bahru ni. Mana lah tau kan kalau ada sesiapa nak ke Johor Bahru, tapi tak tahu nak shopping kat mana bolehlah shopping ke tempat yang ain akan beritahu ini. 1) Skudai Parade Okay, untuk pelajar UTM ni adalah pusat membeli-belah yang dekat. Kawan Ain kata Skudai Parade ni tak best sangat .  Dia kata tak ramai orang yang membeli-belah dekat sini. Dan barang kurang menarik. Ain tak pernah pergi lagi Skudai Parade. Nanti nak cuba pergi dan nak tahu apa yang ada kat sana. 2) Aeon Taman U Aeon Taman Universiti ni tersangatlah dekat dengan UTM. Haha, kalau rasa malas pergi jauh-jauh. Sini jelah tempat lepak. Bagi orang luar yang menginap di Scholar's Inn Skudai, Aeon Taman U paling dekat dengan anda. Kat sini ada MPH BOOKS, GIORDANO,  MCDONALD, WATSONS, AEON, dan banyak kedai lagi. Cuma Aeon ni tak la besar sangat, dua tingkat j

Tudung Akel Leopard bidang 50

Image
Assalamualaikum ! Selamat malam , okay semua pernah dengar Tudung Akel kan? Okay, memandangkan ain dah ada online shop sendiri, Jadi Ain dah mula menjual tudung Akel ni. Ain jual kat instagram dan juga facebook. Ini antara tudung Akel yang ada buat masa sekarang. Yang ni Ain jual untuk RM18 tidak termasuk postage. Kain memang super terbaik lah ! Hehe. Untuk maklumat lanjut, sila ke facebook : Nurmisaa Shop Atau kalau ada instagram : @nurmisaashop_my COD hanya boleh dilakukan di area UTM SKUDAI sahaja :)

Hotel di UTM Skudai

Image
Assalamualaikum, selamat malam semua ! Yaaa, mesti ramai dah tidur kan? Hehe. Jangan tidur dulu, malam masih muda. :D Okay entry kali ni ain mahu menceritakan tentang Hotel di dalam UTM Skudai ni. Bagi mereka yang datang ke Skudai, kalau tiada tempat nak menginap, bolehlah datang ke Scholar's Inn Skudai ni ! Orang luar pun boleh tinggal kat sini, dijamin selesa. Dan setahu ain, hotel ini bertaraf 3 bintang. Sebelum ain daftar ke UTM Skudai , ain dah survey mana tempat nak menginap. Mula-mula ingat nak tempah hotel kat luar, lepas itu kebetulan ada kakak senior bagitahu yang dalam UTM Skudai tu ada hotel yang selesa dan harganya boleh tahanlah. Ain pun mula cari kat Google, dan mula lah survey tentang hotel tu. Lepas itu, ain cakap dengan abah suruh tukar hotel, abah pun setuju. Hehe, dapat potongan RM10  sebab guna kad matrik ain. Wuu. Okay, ain ambil bilik yang detail dia macam kat bawah ni. Ni yang paling murah sekali. Sebab bilik yang ada aircond semua dah penuh :(

Apa yang menarik tentang Universiti Teknologi Malaysia (Part 1)

Image
Assalamualaikum. Selamat pagi dunia ! Memandangkan ain takP ada kelas pagi ni, jadi masa ini akan digunakan untuk tengok blog kejap. Kehkeh. Okay, tak lama lagi nanti pelajar matrikulasi, asasi dan STPM akan mengisi borang kemasukan ke universiti untuk fasa pertama. Masa tu ramai pelajar akan berebut-rebut untuk membeli nombor pin. Macam kat matrikulasi Perak dulu, kat sana ada satu mesin ATM je. Jadi bayangkan lah bila semua orang nak beli nombor pin. Memang beratur panjanglah kan. Wuu. Kepada adik-adik matrikulasi, asasi dan STPM, bila awak memohon kemasukan ke DEGREE . Sila pilih betul betul ye. Maksudnya daripada pilihan yang pertama sampai la pilihan yang terakhir, pastikan PILIH  course yang anda minat. Dan sekiranya course yang awak minat tu , awak punya kelayakan tak lepas. JADI, sila pilih course ikut kelayakan masing-masing. Sekarang ni, Universiti Teknologi Malaysia telah menapis permohonan pelajar-pelajar yang telah memohon UTM sebagai universiti pilihan

Life in Universiti Teknologi Malaysia Skudai

Assalamualaikum, and hello my followers, readers and stalkers? : D Alhamdulillah, sekarang ain dah menjadi mahasiswi di Universiti Teknologi Malaysia. Bersyukur sangat sebab dapat apa yang dihajati. Okay, Ain dapat kos Biologi Industri. Wuuu. I didn't expected to get involve in this course ! Sebab masa fasa pertama UPU, hampir kesemua pilihan, ain letak tentang KOMPUTER. Masa tu agaknya dah terpukau dengan subjek Sains Komputer kot. Bila start tengok CODING, okay dah mengalah. Sebab memang kurang minat bahagian situ. Ain lebih minet kepada edit gambar, dan yang berkaitan dengan tu. Masa fasa kedua lah, ain tukar semuaaaa kos. Dan ain letak biologi Industri sebagai pilihan pertama. Well, dulu masa sekolah menengah, tak nak dah masuk bidang Sains ni. Dan sekarang ain dah masuk bidang sains jugak. T.T Tak menyesal, cuma takut bosan je dengan course ni. So, untuk menghilangkan rasa bosan, kena la buat aktiviti yang tak berkaitan Biologi ni. Yang terbaiknya, fakulti ain iaitu

Mini GiveAway by AinnKetodd

Image
  TAMAT!!!! Assalamualaikum. Okay, pada hari ini ain akan buat mini giveaway. Ni PERTAMA kali ain buat giveaway. Sebelum ni hanya sponser giveaway orang je. Hehe. Harap mendapat sambutan daripada rakan-rakan blogger. Syarat-syarat penyertaan mudah saja : 1) Follow blog Ain . 2) Like page Nurmisaa Shop . ( https://www.facebook.com/nurmisaashop ) 3)Buat entry bertajuk "Mini GiveAway by AinnKetodd" 4)Copy BANNER DI ATAS dan linkkan ke post ni. 5)Tinggalkan link entry korang ke comment ENTRY ini sahaja. 6)Kalau nak promote lagi bagus ^^ 7)Pemilihan pemenang adalah berdasarkan encik random.org. TAMAT PADA 13 SEPTEMBER 2013 (11.59pm) .  Kemungkinan dicepatkan. Hadiah : Inner Half Cotton ( 5 PEMENANG ) Topup RM5 ( 2 PEMENANG ) Kerongsang Felt ( 2 PEMENANG ) Okay. Harap-harap adalah orang nak join ^^. Semoga berjaya ! UPDATE ! SENARAI PESERTA !!!