Ayat atau ucapan untuk Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.


Wow, nampaknya lagi beberapa hari bulan RAMADHAN akan pergi, dan akan datangnya bulan SYAWAL.
Pemergian RAMADHAN akan dirindui, dan kedatangan SYAWAL disambut dengan rasa kesyukuran <3

Ain ingin kongsikan beberapa ayat/ucapan untuk anda ucapkan/hantarkan sms atau email kepada keluarga, saudara-mara, dan rakan-rakan.

Ucapan 1:

Di bulan SYAWAL yang mulia ini, ku ingin memohon maaf di atas salah dan silap yang pernah ku buat selama kita berkenalan. Semoga bulan SYAWAL pada tahun ni memberi keberkatan untukmu sekeluarga.

Ucapan 2 :

Lemang ketupat kami hidangkan,
Untuk dimakan oleh rakan-rakan,
Selamat Hari Raya kami ucapkan,
Duit raya jangan dilupakan.. :P

Ucapan 3 :

Disebabkan nama awak SYAWAL, dan bulan ni pun bulan SYAWAL.
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan SYAWAL. Oh SYAWAL, jangan marah ye, ampun maaf dipinta ^^

Ucapan 4 :

Hari-hari makan kari,
Enak dimakan bersama cili,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Buat saudara dan saudari.

Ucapan 5 :

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT hari raya.

sumber ucapan di bawah daripada : amekaw.com

Ucapan 6 :
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

 Ucapan 7 :
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Ucapan 8 :
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Ucapan 9 :
Masak lemang sambil berdiri,
Hendak makan di aidil fitri,
Nak hantar kad posmen dah cuti,
SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Ucapan 10 :
 Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ucapan 11 :
Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

Ucapan 12:
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Kalau nak tengok yang lain sila tekan link kat atas tu. Okay terima kasih !

Comments

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?