Tawaran kemasukan Degree. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wahai rakan rakan blogger ku! Rasanya dah berminggu-minggu ain tak update blog, disebabkan tiada masa dan line internet yang lembap macam siput. Kehkeh.

Yaaa sepanjang berminggu-minggu ain tak update ni, macam-macam perkara berlaku.
Sekarang ni ain dah kerja ! Tapi part-time jela, sementara menunggu keputusan degree keluar. Penat gila okay. Balik pun malam T.T
Masa puasa ni lagi la penat, rasa macam nak tidur je kat kedai tu. Haha.

Okay, balik kat topik kita. Alhamdulillah, ain telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree. Dengan pointer yang tak berapa nak hebat, akhirnya dapat jugak masuk ke universiti yang ain idam-idamkan selama ini. Yahoooo!

Lepas ni ain agak jauh lah daripada keluarga. Nak balik rumah pun jarang rasanya. Hmmm, harap ain tak homesick lah. Masa kat matrik dulu, alhamdulillah lah tak homesick sangat.


Haaa tadaaa! Tu lah course yang ain dapat. Pilihan pertama hehe.
Bakal jadi orang johor lepas ni, dan dapatlah ain berjalan-jalan di Johor.
Kalau rajin sangat, pergi singapore pun boleh. Haha

Ain dah pun menerima tawaran tersebut. Bersyukur sangat sebab tak perlu buat rayuan. Ada juga yang tak dapat tawaran, kesian pun ada tau.
Tapi nak buat macam mana, rezeki Allah yang bagi. Doa-doa lah supaya dapat tawaran daripada rayuan tu.

Dan yang paling tak sangka, member satu kelas masa matrikulasi dulu, dapat jugak UTM. Haha ada la dalam 2-3 orang. Berjumpa lagi lah ye wahai ex-classmate ku. Dan member masa sekolah menengah daripada tingkatan 1-3 pun dapat tempat yang sama. Sama fakulti lagi tu. Betul-betul tak sangka :o

Okay dah, cukup pasal degree. Minggu lepas ain pergi ke Cala Qisya lagi.
Mula-mula rancang nak pergi Muslimah Clothing Couture, tapi dah lewat sangat.
Pergi Cala Qisya beli maggie shawl lagi. Ngee, dah 'addicted' dengan maggie shawl.

Yang sedihnya kan, mereka baru saja buat sale minggu lepas untuk maggie shawl. Memang sedih sangat tak dapat menikmati sale tersebut T.T

Okay, itu saja update kali ini. Salam Ramadhan Al-Mubarak !

Nak kumpul beg ni banyak-banyak :p




Comments

  1. Tahniah sbb dpat..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tahniah akak,abang saya baru je tamatkan pengajian dari UTM..hehe,good luck..U tu luas sangat tempatnya..tempat tunggang kuda pun ada kalau tak silap saya..haha

    ReplyDelete
  3. @red angel

    terima kasih ! hehe

    ReplyDelete
  4. @man :

    terima kasih. inshaallah saya akan melawat blog awak :)

    ReplyDelete
  5. @nur najihah

    la yeke, hehe. tau takpa, risau akak kalau kolej jauh daripada fakulti T.T

    ReplyDelete
  6. @azizah : terima kasih awak :)

    ReplyDelete
  7. tahniah ain :) zaman degree zmn plg best bg akak.. zmn freedom org kata..zmn yg kita dh blh nilai diri tang mana bnda yg perlu dibaiki or diubah. slmt menjadi dewasa :)

    ReplyDelete
  8. @faie mohamad :

    Terima kasih kak. Hm inshaallah, harap semuanya baik-baik di zaman degree ni. takut pun ada jugak hihi

    ReplyDelete
  9. congrates ain.. baru dapat jengah blog ain pulak.. line lambat lately mcm siput naik bukit

    ReplyDelete
  10. wahh tahniahh
    amal xdpt.. got problem sikit dgn diploma
    hehe

    ReplyDelete
  11. tahniah ain..nama sama dgn adik akak,sebaya jugak..hihi..

    adik akk dapat ke UPSI lepasan STAM..
    :)

    ReplyDelete
  12. Wahhhh !! Tahniah , uhuhu , boleh tak akak share ngn saya dapat berapa Pointer utk both sem ? :)

    ReplyDelete
  13. @sherotpetot :

    thanks dear :)

    ReplyDelete
  14. @husnahazimah :

    thanks. hehe takpe takpe ^^

    ReplyDelete
  15. @zulhilmi tempoyak :

    terima kasih !

    ReplyDelete
  16. @Diera Tekikushika :

    yeahh, ain excited nak pergi johor !

    ReplyDelete
  17. @cik amal :

    terima ksih amal. la yeke, hm . takpe. nanti ada rezeki amal dapat la masuk sini jugak :)

    ReplyDelete
  18. @cik anis nisa :

    tahniah untuk adik akak jugak.! wah bakal jadi cikgu tu :)

    ReplyDelete
  19. @mazelina zaini :

    terima kasih :)
    boleh boleh.

    ReplyDelete
  20. Salam. Pointer akak brapa?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum akak, nak pm something pm boleh? Nak tanya pasal upu n utm . 0172013046 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?