Rindu.


Assalamualaikum. Ye ni namanya update post tengah malam.
Sepatutnya masa untuk tidur, esok kerja. Tapi macam biasalah. Kalau dah mengadap baby blog ni, dan kalau internet laju gila. Memang takkan mengantuk lah kan. Hihi.

Okay, jadi apa itu rindu? Rindu itu suatu perasaan.
Tipulah kalau korang tak ada rasa rindu kan. Kalau tak ada, tu bukan manusia normal tu.

Ye, ain rindu. Rindu dengan kehidupan yang lalu. Rindu dengan zaman kecil-kecil dulu.
Sekarang dah 19. Dah besar anak Abah ni kan.

Bila dah 19, dah mula terasa betapa susahnya kehidupan ini :(
Semua kena urus sendiri, Abah dengan Mak ada juga lah tolong sikit-sikit. Tapi, masih terasa susah lagi. Inilah namanya kehidupan.

Rindu dengan zaman tadika, dan sekolah rendah. Masa tu fikir datang sekolah, belajar, main, dan terus balik rumah. Tak perlu fikir nak cari duit.

Rindu dengan zaman sekolah menengah. Masa form 1 ain skema gila. Kahkah
Dah lama-lama matang sikit ah. Tapi orang masih ingat ain ni budak kecil sebab ketinggian yang super rendah. Haha.
Masa sekolah menengah ni ada jugak la ter-couple. Ops !
Yaaa, cinta monyet lah katakan. Okay tak rindu deme tu pun.

Masa ni jugak ada kawan-kawan yang hebat. Haha, macam biasalah. Saya dengan si Aishah 24 jam. Masa form 5 dengan Jyra pulak.
Dimana ada Aishah, disitu ada Ain.
Dimana ada Jyra, disitu ada Ain. Okay.
Rindu kawan-kawan SMK Puchong Perdana. Banyak kenangan tercipta kat situ.

Rindu zaman kolej matrikulasi. Ye, buat pertama kali berjauhan dengan keluarga untuk 10 bulan. 10 bulan, terasa lama sangat. Dan pertama kali keluar daripada Selangor untuk tempoh yang lama. Dan pertama kali pergi ke Gopeng. Padahal tak sampai setahun. Masa ni mula berdikari.
Rasa macam nak jumpa balik pensyarah kat matrik dulu. Miss them lah !

Dan rindu si Dia. Haha. Kadang-kadang ada jugak lah teringat kat Dia. Wuuu~
Kami dah tak ada apa-apa hubungan lebih daripada kawan dah.
Sekarang kawan je, biasa-biasa. Tapi, entahlah dah terbiasa dengan dia. Apa-apa je mesti nak cerita kat dia. Kalau keluar pun biasa dah suruh dia temankan
Lepas ni susah dah nak keluar lagi, masing-masing sibuk dah. Haha.
Mungkin ada hikmah jugak sebab apa kami tak couple dah. Dan ain selesa dengan status solo sekarang. Harap dapat kekalkan sampai la sebelum kahwin nanti.

Lepas ni dah masuk Universiti, lagilah rindu kat rumah, family ni. Kalau dapat Shah Alam kurang rindu la, sebab dekat. Kalau dapat Johor nanti, haaaa. Memang rindu gila lah kan.

Okay , selamat malam :)


Comments

  1. untungla pernah couple ..haha..

    ReplyDelete
  2. Kenangan masa sklh mmg x dpt lupenye. lagi2 masa sklh menengah kan. hihi kita doakan je mereka kan ^^

    ReplyDelete
  3. assalam.....bile kite dh dewasa memang rindu nk ke zaman dulu2... tp mase tengah zaman dulu2 tu tak sabar2 nk dewasa kan..hehehee

    ReplyDelete
  4. @nur najihah : untunglah sangat kan :P

    ReplyDelete
  5. @shakirah rosli :
    masa sekolah menengah la banyak kenangan dicipta. Akak rindu mereka semua :(

    ReplyDelete
  6. @hafrizah :

    haha betul tu ! masa sek menengah, sibuk nak cari suami la tu la. Haha,

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?