Jerebu di Malaysia semakin kritikal.

Artikel daripada myMetro :


Kuala Lumpur: Pentadbir sekolah rendah dan menengah diminta sentiasa memantau keadaan cuaca dan segera menutup sekolah serta-merta jika paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan melebihi 300.
Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, surat pekeliling mengenai arahan itu diberikan kepada sekolah seluruh negara demi keselamatan pelajar.

Setakat ini, 610 sekolah di Johor ditutup membabitkan Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang, Pontian dan Kota Tinggi apabila bacaan IPU mencatat paras berbahaya melebihi 300. “Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada pengarah negeri dan guru besar sudah maklum mengenai perkara itu. Sehingga pagi ini (semalam), jumlah sekolah ditutup tidak berubah. “Yang penting kesihatan dan keselamatan pelajar dan murid sekolah. Jerebu bukan setakat cuaca panas tetapi kandungan udaranya mengandungi unsur membahayakan kesihatan. Kita tidak mahu kesihatan mereka terjejas,” katanya.

Banyak sekolah sudah ditutup disebabkan masalah jerebu ni. Ramai orang dah kena penyakit seperti batuk, sakit mata dan lain-lain.

Jadi hati-hati, dan pakailah face mask. Kurangkan aktiviti luar buat sementara waktu.

Dekat Puchong, Selangor ni pun jerebu dah agak teruk. Pemandangan ni warna kelabu je -.-

Aduyy, pergi kerja pun tak selesa sebab ada jerebu ni.

Comments

  1. dekat tempat saya pun smakin teruk..bestnya johor,sekolah tutup......

    ReplyDelete
  2. @nur najihah ;

    heh, selangor & putrajaya un dah cuti kan. Best mmg best, tapi kita ni la. kesihatan terganggu

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?