Review Product : Maggie Shawls by Cala Qisya

Assalamualaikum selamat tengah malam.
Huhh sekarang tengah HANGAT tentang berita #PRU13
So, ain harap parti mana pun menang, semoga Malaysia dalam keadaan aman dan damai..
Amin, inshaallah.

Okay, mari ain nak tukar topik. So, lepas abah and mak ain pergi mengundi, kami telah pergi ke Shah Alam untuk berjalan-jalan dan cuci mata. Dah lama tak jalan-jalan.
Disebabkan hujan yang teramat lebat, abah singgah kat Plaza Alam Sentral dulu. Yipppee, ain dapat beli kerongsang baru.

Setelah perasaan BOSAN mula terasa, abah mengajak kami untuk bergerak ke Seksyen 7. Mak aihhh, pening ain nak cari  kat mana la Jalan Plumbum. Semata-mata nak pergi CALA QISYA.
Excited sangat okay.

Jeng jeng jeng, tepat pukul 6.30 petang kami sampai ke destinasi. Dan kami melangkah dengan penuh teruja, melihat dinding-dinding di situ penuh warna warni. Dan terpukau dengan bauan aroma yang sangat wangi. Hah, akhirnya sampai ke tingkat 3. Dan kehadiran kami disambut dengan baik dan dengan ucapan "assalamualaikum"

Setelah masuk ke dalam butik ini, ain happy sangat. Sebab butiknya sangat lawa dan kemas !
So, tujuan ain datang situ nak cari Maggie Shawls. Tapi banyak warna dah habis :(
Akhirnya ain pilih warna pinkkkkk. Cantik sangat k...
Tapi gambar kat dalam butik tu takda, sebab ain malu nak tangkap gambar dalam tu.
And owner dia ada masa tu, malu k malu...Anyway owner cala qisya memang lawaa sangat.

Yeah sebelum masuk ke butik. Cantik kan?

Wow, ramainya orang datang.

Ada kerusi kat luar butik tu. Kayy, warna pink!

Dekat tingkat 2. Cun!

Koleksi Maggie Shawls. Warna pink tu baru beli. Yang warna hitam beli online.

Cantik kan beg ni?
Okay, barang kat Cala Qisya ni harganya memuaskan dan mampu dimiliki.
Apa lagi, mai la p Cala Qisya ! Hihi.

Comments

Nana Liena said…
hehe.. nasib baik shah alam tak jauh dari klang..boleh singgah..mmg cantik..tapi tak ada masa nak ke sana..hehe
NurainSuperr said…
@nana liena Hehe, pergilah best tau >.<

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?