Thousand Words For Gaza Kolej Matrikulasi Perak

Assalamualaikum !
Hihi, ain masih lagi sempat mengupdate blog walaupun busy gila. Tapi ain tak dapat nak blogwalking kat blog kamu semua, sebab masa ni terhad :(
Nanti bulan April, ain akan pastikan ain melawat ke blog kamu setiap hari, okay?hihi..

Haa, pada minggu-minggu lepas. Kolej matrikulasi Perak a.k.a kmPk telah mengadakan Islam Awareness di mana mereka mahu mengumpulkan derma untuk saudara kita di Gaza ,di samping menjalankan aktiviti-aktiviti di Masjid AlMaghfirah. Pelbagai acara telah berlangsung seperti :

  • Konsert Hafiz Hamidun
  • Forum Cappucino Cinta bersama Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha
  • Ceramah maghrib di masjid
  • Konsert Hafiz Hamidun
  • Sukaneka
  • Acara menghias mug
  • Acara membuat kek batik
  • Jualan 
  • Dan lain-lain...
Kami juga telah berkumpul beramai-ramai tanda menyokong acara ini. Kami telah membuat perkataan seperti :

KMPK <3 GAZA

KMPK<3 LD
Kamu juga telah menyanyikan lagu Freedom-Maher Zain. Alumni kmPk sangat sporting , dan abang Ombak turut hadir untuk memeriahkan acara ini.



Sepatutnya ramai lagi yang patut sertai acara ni, tapi ada la sesetengah student malas nak turun. Wuuu.
Dan ada juga Flash Mob Gaza Kmpk. Memang terbaik.





Kalau nak tengok gambar lagi, boleh pergi ke facebook Aqsa Syarif.
Dan apa yang membanggakan, kutipan derma untuk Gaza di Kolej Matrikulasi Perak telah mencapai sebanyak RM16000, dan kesemua duit tersebut diserahkan kepada wakil Aqsa Syarif dan akan disumbangkan kepada Gaza. Alhamdulillah.


Comments

  1. subhanallah . walaupun hanya lakonan , but nampak suatu semangat cintakan gaza . Allahu :'( pray for gaza !

    ReplyDelete
  2. @nurzatil pray for gaza, semoga mereka sentiasa dilindungi Allah :')

    ReplyDelete
  3. supercool susn2 jadi huruf tuu. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?