Helperz Explorace

Assalamualaikum. Hihi. Mesti pelik kan awat la ain ni cerita tentang explorace je.
Banyak sangat aktiviti yang ain join, tapi lepas ni dah tak join kot. Penat T.T
Okay, untuk kali ni ain tak main, ain sekadar membantu.

Ain jaga kat checkpoint dekat padang. Haa, and game kat situ, tiup belon sampai pecah ! Haha.
K sejujurnya ain takut dengan belon, lagi-lagi kalau belon tu besar gedabaq dan tiba-tiba belon tu meletup. Boleh sakit jantung kat situ.

Okay nak dimulakan cerita, mula-mula ada dua group datang kat checkpoint kami. Satu group laki, and satu lagi group perempuan. Budak laki ni tak kisah nak tiup, tapi ada salah seorang darpada group laki ni tutup telinga. Yang group lelaki lain ada yang tak nak tiup, awal-awal lagi dah tolak.

Haha, amboi takut belon jugak ke bang?


Berbeza dengan perempuan, perempuan ada yang tak berani nak tiup belon tu besar sampai pecah.

 Haha memang macam-macam ragam la tengok orang main explorace ni. Seronok kot ! Hehe.

Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?