Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (11) - Cuti Pertengahan Semester

Assalamualaikum. Ada orang tak?Muehehe. Lama tak update blog ni*ayat yang sama lagi*
Maaf lama ain mendiamkan diri. Sibuk sikit sebab busy dengan presentation, assignment, kuiz, test akitiviti luar dan sebagainya...
Fuhhh, akhirnya kami dah habis setengah sem bagi semester 2 ! SERONOK !
Memang gembira lah. Lama dah tak balik rumah, dekat sebulan rasanya :(
Rindu kat family ni, balik rumah memang jalan-jalan jelah kerjanya. Haha, dan ain ada kerja baru kat rumah memandangkan mak ain dah kerja. So, ain jadi surirumah part-time ! Oh, memang penat okayy. Semua kerja kena buat. Wuuuu. Kak long kan kenalah tolong family. Satu-satunya anak perempuan pulak tu. 

Oh well, ain nak cerita something. So, tadi ain pergi ke Shah Alam untuk shopping. Sebenarnya ain nak pergi FEMES BAZAR kat Rasta, Ttdi Jaya tapi rasa macam jauh sangat. Hm k takpe, next time lah ye rasta :(
Then, ain ingat nak pergi Butik Cala Qisya dekat seksyen 7 shah alam. Tapi tak jadi jugak. Sebab macam tak cukup bajet. Haha. Baju kat sana dah lah lawa-lawa, nanti pokai pulak abah ain. Wuu.
Akhirnya kami decide nak pergi Plaza Alam Sentral. Ramai gila oh, sampai abah kena parking kat level yang agak bawah sebab atas dah penuh. Bila masuk mall lagi lah ramai, ada sale. Eh, clearance sale The Store. Tiap-tiap tahun ada, jadi ain tak hairan pun. HAHA. 

So, mula-mula misi pertama ialah pergi makan memandangkan ain dan family tak makan lunch lagi dan sebab masa tu dah pukul 4. Lapar weyy ! Kami pergi la naik tingkat atas sekali , sebab nak makan kat foodcourt. Sekali...foodcourt tu tutup ! Kena lah turun bawah balik. Ohhhh, bagus ! Membakar lemak ! Aha. Last-last, kami makan kat KFC saja. Wuhuu, KFC tunggang terbalik sebab ramai sangat orang. Nasib baik ada meja kosong untuk 4 orang. Alhamdulillah.

Misi kedua pulak kan..Lepas je makan ain nak pergi cari kasut. Banyak kedai ain pergi sebab nak survey je dulu. And dalam banyak-banyak kedai ain tertarik dengan satu kedai ni. Kasut dia cantik-cantik and mostly saiz kasut yang ain nak saiz 4 ada kat situ ! Ya Allah nak cari kasut saiz kecil ni punyalah susah. Harga kat kedai tu pun berbaloi. Tapi ain beli kasut kat kedai lain.

RM 20 jaa. Tak ada bajet laa. Alahai..
Haa lepastu ain pergi Watsons. Nak cari perfume. Sekali ain jumpa satu bekas perfume yang agak menarik dan tertarik...

Bekas dia cantik woo!
Ni perfume jenama silky girl. Silkygirl’s Hip Hop Eau de Toilette. 
Wangi gila weyy, memang sedap baunya. Harga pun tak mahal dalam RM17 je.



So kali ni ain tak shoppin banyak sangat. Hihi, berjimat :p Total semua barang under RM50. Berbaloi jugak lah. Okay. Tataaa :)

RM37

Comments

Mas Zull said…
assalamualaikum...selamat bercuti yer...;)
NurainSuperr said…
@mas zull waalaikumusalam, tq :)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?