Perubahan? Perlu ke?


Assalamualaikum. Wahai follower dan rakan-rakan sekalian.
Topik kat atas ni tak ada la gempak macam kisah Fizz Fairuz putus tunang ataupun kisah Puchong kena banjir kilat.
Ain cuma nak berkongsi tentang apa yang Ain lalui.

Sejak ramai pendakwah muda muncul di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan blogger dan sejak ain masuk matrik, ain mula rasa nak buat perubahan. Tapi, bukan senang nak berubah kan? Memang susah sangat. Bila nak berubah mesti ada halangan. Contohnya, daripada cara pemakaian. Ya Allah, susah sangat nak tutup aurat dengan sempurna. Kadang-kadang terhasut juga dengan bisikan syaitan ni. Kawan-kawan yang banyak nasihatkan ain. Maklumlah manusia ni tak sempurna kan?

Ain teringat tentang dosa-dosa yang lalu. Harap Allah ampunkan segala dosa-dosa yang ain pernah lakukan sebelum ini :(
Ain tabik spring kat remaja Islam yang menjalani kehidupan sebagai remaja yang taat pada perintah Allah dan rasul. Tapi sayangnya kehidupan ain tak seperti tu dulu, lalai dengan dunia. Ain harap kehidupan yang akan datang ni ain akan melakukan perkara yang berfaedah dan diredhai Allah.

Pelajaran dunia dan akhirat kena seimbang. Kat kolej dan universiti ni kita yang kena mencari ilmu agama. Tak cukup dengan kelas yang pihak kolej sediakan. Cara yang lain nak dapat ilmu agama, dengan sertai forum, ceramah, usrah dekat masjid atau surau.
Usrah paling seronok, dapat kenal rakan baru, dapat maklumat terbaru tentang isu-isu semasa dan info agama :)


Comments

  1. semoga Ain kekal dengan perubahan ke arah kebaikan...selamat berjuang

    ReplyDelete
  2. smoga Allah ampunkan dosa kita yg lps2.amin.

    ReplyDelete
  3. lewat berubah takpe,drp tak berubah langsung!
    Alhamdulillah Allah bukakan hati kita & tunjukkan jln yg lurus utk menjadi insan lbh baik..

    ReplyDelete
  4. In Sha Allah.. berubah sikit-sikit. Allah tengok usaha kita ;)

    ReplyDelete
  5. berubah mmg senang tp nk istiqamah tu susah.. kene slow, xleh drastik.. insyaallah Allah permudahkan :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah...ain menyedari ketika di usia mude...InsyaAllah Allah sentiase mendengar dan mengetahui segala yg terlintas di hati...
    Istiqamah dgn segale ape yg kte lakukan..Amin...^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?