Awesome Monday

Assalamualaikum. Hi semua. Dah beberapa hari ain tak update blog. And ain terkejut, follower dah bertambah. Alhamdulillah , thanks pada yang sudi follow :)
Yang follow ain jangan risau, ain akan memecah masuk ke blog anda dan comment entri anda jika ain ada masa. Okay? Hihi.
So, ain nak cerita tentang apa yang berlaku hari ni. Okay. Ada dua cerita, iaitu dengan family and dengan si dia. Mesti tertanya-tanya kan siapa si dia ? :p
Siapa lagi kalau bukan encik shahrin. Huks. Kalau siapa yang follow ain mula-mula dulu tahuah betapa sweetnya kami. *perasan* haha

Okay, pukul 11 pagi family ain gerak p sungai buloh. Sebab maksu kami pindah kat rumah yang disediakan oleh pihak kerajaan. Baru 9 orang pindah dekat apartment tu, and satu apartment tu khas untuk doktor sahaja okay. Wooow! And rumah dia sangat besar okay, ada 5 bilik, 3 bilik air. Dapur pun cantik dah pasang kabinet. Almari pun dah disediakan. K memang awesome. Ni yang nak jadi doktor ni :P

Hihi, p sana pun sebab nak tengok baby maksu dgn paksu. Omeyy sangat k. Hik. Seronok dia bila tengok ain nak tangkap gambar dia. Alolo, kakak ain ni kalau dah pegang kamera memang macam ni.

Nama dia Sofea Raudhah. Sedap nama dia :')
Okay, lepas je tamat majlis kat sana. Ain terus pergi shah alam, haha. Sebab nak jumpa si dia la kan. Kesian dia tunggu 3 jam. Maaf awakkkkkk :(
K masa dah sampai tu , terus naik bus nak pergi sunway. Wuu bas tu tak pergi sunway terus tapi dia berhenti sekerat jalan. Alahai, lama juga kami tunggu kat situ Ada ke bas rapid tu taknak berhenti, haihhh bengang betul. Kami pun berborak-borak dekat situ. Dekat setengah jam lepas tu, ada la bas U62. Nasib baik.

Bila dah sampai sunway, kena naik tangga. Adudu, rasa macam nak jatuh pun ada lagi-lagi tadi ain pakai skirt. *Aww so sweet, macam cinderella :P*
Lepastu jalan-jalan je lah kan dekat dalam tu. And kami cari tempat makan, sebab si dia ni nak makan. Hehe, nasib baik tempat tu ada wi-fi. Boleh leww online kejap. Sambil dia tengah makan tu, ain ambil la movie daripada dia. Then, dia suruh ain tengok cerita the Saw. K cerita tu agak mengerikan. Ain sampai tutup-tutup mata. Haha. Okay kawan-kawan matrik, nantikan cerita korea baru yang ain nak bagi kat korang >.<

Hehe, thanks pada dia sebab bagi movie and benda lain tu. Hik, sifu komputer ! Okay, pukul 6 lebih ain balik sebab abah dah call call, haha. Sorry awak, kita tak dapat teman awak balik sama-sama.
Anyway, saya ingat apa yang awak cakap kat saya tu. Saya terima apa yang awak cakap tu :')
Cukup awak tahu yang kita saling menyayangi dan tak perlu istilah couple tu

And this is for youuuuuuu:
 Mohd Shahrin Redzuan, walaupun macam macam hal yang dah berlaku antara kita. Saya tetap sayang kat awak, and kalau boleh tak nak lepaskan awak daripada hidup saya. Tapi, bila saya jumpa awak tadi, saya rasa andai awak bukan untuk saya. Saya redha :')
Banyak kali saya pujuk hati saya ni untuk redha dengan apa yang berlaku sebelum ni, tapi tetap tak boleh :(
And now, if something happen between us again,  saya akan redha dan terima apa yang berlaku :')
Maybe awak akan dapat seseorang yang lebih baik dan cun daripada saya kan? Siapa tahu...
And sepanjang kita bersama, Im happy with you. Walaupun selalu nak menangis kan *sensetipp sangat*

Haaa, kata nak bagi hadiah birthday? Mana-mana ?
Tak ada pun benda nak disimpan daripada awak. Huu takpelah. Membazir je kan : D
Okay, thanks sudi teman kan saya. Thanks for today, tapi gambaq takda T.T
Sorry juga pasal handphone tadi :( Kalau awak nak tukar nama saya kepada blah juga tukarlah. Salah sayaaa T.T

So inilah cerita awesome sunday saya yang awesome gila. Tataaa x.x

Comments

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?