Posts

Showing posts from 2013

D.U.I.T. Bittaufiq wannajah...

Image
Assalamualaikum. Selamat malam rakan-rakan ^^ Ya Allah, lagi beberapa hari saja nak menempuhi final exam !! Ok , takpe. Lupakan pasal itu. Sekarang Ain nak cerita tentang D.U.I.T Apa itu duit??? Sebelum tu...Semoga berjaya kepada adik-adik PMR batch terakhir 2013. Bitauffiq wannajah !! Ya dan kepada adik saya yang bernama NAZMI HAKIM, semoga berjaya ye adik !! Nanti bagitahu keputusan PMR . wuwuwu, I will pray for you adik. Hmmm Sweet kan kakaknya? Kehkeh. Adik-adik, walauapapun keputusan yang awak dapat. Terimalah dengan hati yang terbuka :) Apa yang awak dapat itu atas usaha awak okeh !! Kalau awak usaha banyak, maka keputusan inshaAllah gempak gitu !! Tapi....kalau awak dah usaha..Keputusan awak tetap tak berapa nak bagus, maka jangan bersedih. Ketahuilah bahawa belum masanya lagi untuk awak dapat keputusan gempak. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk awak :) Dan bagi yang tak berapa nak usaha sangat, tapi result gempak. Maka jangan rasa riak at

Masjid Sultan Abu Bakar

Image
Assalamualaikum !! Beberapa hari yang lepas, Ain telah pergi ke Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor. Hmm, ni akak-akak usrah Ain yang bawa ke sana. Buat usrah di dalam masjid tu !! Hehe, alhamdulillah. Sangat seronok dan dapat ilmu baru ^^ bahagian luar masjid Subhanallah. Cantik kan masjid ini? Rumah Allah sentiasa kelihatan indah. Masjid ini terletak kat tepi jalan sahaja, dan masjid ini sangat unik !! Unik sebab apa? Sebab masjid ni dah lama, dan agak klasik. Okay, ini sejarah tentang masjid Sultan Abu Bakar. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar  ialah  masjid negeri   Johor  yang terletak di  Johor Bahru . Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar  pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim  yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000. Masjid  yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil

Ahlan Wa Sahlan Disember.

Assalamualaikum. Fuhh lagi 2 minggu nak ke final exam. Cuak ada, takut ada. Macam-macam perasaan ada ^^ Maklumlah pertama kali nak jawab final exam bagi degree. Pfffft. Hm. Sekarang masih dalam persediaan nak ke final. 13/1/2014 nanti balik rumah !!!! Alhamdulillah, dapat jugak balik akhirnya. Rindu mak abah, rindu keluarga, rindu rumah. Wuuu. Cuti 3 minggu ni memang nak cari kerja part-time. Bosan duduk rumah. Ngeee. Oh ya, bulan ni hari jadi ain !!! Tapi dalam study week pulak. Takpelah, tak dapat nak makan kek dengan family :( Takpe, tunggu tahun depan !! Ok tu je, short update. Hehe.

Tabarruj (Ceramah daripada Ustazah Noor Laila Aniza)

Assalamualaikum, okay ain nak kongsi sikit cerita tentang tabarruj ni. Baru-baru ni ain ada pergi ke Islamic Garden di UTM. Salah satu slot ialah bersama Ustazah Noor Laila Aniza. Slot beliau sangat menarik dan tidak membosankan !! Ustazah bercerita tentang tabarruj. tabarruj ini ialah mempercantikkan atau menghiaskan diri dengan niat untuk tunjuk kepada bukan mahram. Haihh, yang mana ada niat sebegitu, cepat-cepat lah betulkan niat anda !! Di dalam kertas kerja yang disediakan, ada beberapa pendapat tentang sifat tabarruj semasa zaman jahilliyyah.  Antaranya ialah : Seseorang wanita yang keluar daripada rumah dan berjalan di antara lelaki.   Wanita yang berjalan lenggang-lenggok dan penuh gaya. Wanita yang memakai wangian. Wanita yang mengenakan pakaian yang diperbuat daripada batu permata, kemudian memakainya dan berjalan di tengah jalan. Wanita yang mengenakan kerudung namun tidak menutupinya sehingga anting-anting dan kalungnya terlihat Wallahualam. Islam tel

Mungkin bukan rezeki aku.

Assalamualaikum. Selamat pagi rakan blogger sekalian. Apa khabar? Sihat? Okay seperti yang pelajar universiti tahu, keputusan JPA 2013/2014 sudah keluar. Tahniah kepada yang dapat biasiswa JPA tu :) Bukan senang nak dapat tau. pointer kena 3.75 ke atas. Ain cuma dapat 3.71 saja. Tak lepas, tapi senior suruh cuba. Tapi, bila keputusan keluar, permohonan ain tak berjaya. Hm rasa sedih jugak sebab kalau dapat duit biasiswa tak payah bayar PTPTN. Takpelah mungkin bukan rezeki ain lagi nak dapat mana-mana biasiswa. Lagipun pointer tak melepasi syarat kan. Susah nak dapat. Kadang-kadang cemburu jugak tengok kawan-kawan dapat biasiswa tu, biasiswa ni. Tapi ain tahu mesti ada sebab kenapa Allah tak beri semua tu kat ain. Mungkin apa yang ain dapat, mereka tak dapat. Atau mungkin kalau ain dapat duit biasiwa nanti akan jadi boros ke. Wallahualam. Ain dengan kawan-kawan ain yang lain yang mana tak dapat tajaan JPA akan cuba untuk struggle habis-habisan untuk semester 1 ni. Kami k

Apa matlamat kita?

Image
Assalamualaikum apakhabar semua? Sekarang ain memang makin sibuk. Dengan assignment , presentation, dan final exam yang akan tiba tak lama lagi. Ya Allah baru ain terasa penat, dan kadang-kadang rasa macam nak putus asa pun ada. Pada waktu yang muda ni, ain dah jadi mahasiswa. Ye, memang ain rasa ain maca tak matang lagi. Dan kehidupan ini baru bermula. Sebelum ain masuk ke UTM, matlamat ain cuma mahu mendapat 4flat, aktif dalam kokurikulum, nak jadi first class student dan sebagainya. Dan bila ain dah graduate nanti, nak cari kerja, nak kawin, nak dapat anak, dan bina keluarga yang bahagia...Semua orang akan mempunyai matlamat yang sama macam ain kan? Hehe.. Tapi aLhamdulillah, ada akak-akak usrah yang menyedarkan ain bahawa hidup di dunia ini bukanlah hanya untuk mencapai matlamat dunia sahaja, tetapi ada lagi yang lebih penting daripada itu. Allah. Tanpa kita sedari, hidup kita ini seakan-akan kelihatan seperti robot. Terlalu mengikut jadual masa yang kita telah tetapkan dala

Kehidupan baru di UTM Skudai.

Image
Assalamualaikum. Lama dah tak update blog ni. Bersarang dah. Haha. Bila dah masuk degree ni amatlah sibuk, sampai tak sempat nak buka laptop T.T Banyak je info na update, tapi tak sempat. InshaAllah, bila ada cuti panjang ain akan update sedikit demi sedikit. Ni gambar classmate course Biologi Industri :

Pemandangan daripada Balai Cerap UTM Skudai

Image
Subhanallah, subhanallah.

Review Novel : Novel Islam Imam Hanbali

Image
Assalamualaikum. Selamat malam semua. Dah tidur ke? Hehe. Jangan tidur lambat macam ain  ni. Tak elok tau. Tidur awal sikit yaa. :) Okay malam ni ain nak review novel Islam. Novel Islam yang berkisahkan tentang kehidupan Imam Hanbali. Pada mulanya ain nak cari buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh tapi tak jumpa. Akhirnya jumpa, tapi dekat MPH Online. Nanti nak try beli. RM19.00 sahaja :) Okay, sekarang berbalik pada buku Imam Hanbali. Mungkin ramai yang tahu tentang sejarah kehidupan beliau. Tapi pada yang tidak tahu, anda boleh membaca novel ini. Imam Hanbali ni adalah antara penghafal hadis sahih yang terhebat. Ain kagum sangat dengan Imam Hanbali ni. Beliau tekad mengatakan bahawa ; "AL-QURAN itu adalah kalam Allah dan bukan makhluk Allah" Beliau tetap teguh dengan pendiriannya, walaupun diseksa oleh penganut Islam yang berfahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Akhirnya kehidupan beliau kembali seperti biasa apabila Khalifah Al-Mutawa

Kem Kembara Muslim di Teluk Gorek, Mersing, Johor.

Image
Assalamualaikum. Ya hanana, ya hanana, ya hanana, ya hanana. Suka sangat meyebut ya hanana :) Oh yaa, bulan lepas ain ada menyertai KKM'13 (Kem Kembara Muslim'13) bertempat di Teluk Gorek, Mersing, Johor. Kem ini di bawah anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Tak pernah pun pergi Mersing ni. Alhamdulillah, seronok sebab dapat merantau ke negeri orang :) Yang pastinya, perjalanan daripada UTM Skudai ke Mersing ni mengambil masa dalam 3 jam. Jauh !!! Tempatnya ke dalam, memang sangat ke dalam. Tapi setibanya di Chalet berhampiran situ, kami semua sangat gembira sebab dapat dengar bunyi ombak !! Lama dah tak pergi pantai. Tapi sedih sebab masa sampai tu malam, tak dapat tengok keindahan pantai tu. 2 malam di situ, kami hanya tidur di dalam khemah. Pertama kali ain tidur dalam khemah. Agak tak selesa sebab khemah kami bawah tu ada batu-batu. Sakit badan tau :( Alhamdulillah, banyak ilmu yang ain dapat daripada kem ni :) Syukran u

Pengalaman mendaki Bukit Broga di Selangor

Image
Assalamualaikum, lama dah ain tak update blog. Dekat sebulan dah blog ni menyepi tanpa cerita panassss. Haha, al-maklumlah ain agak sibuk dengan test dan assignment :( Okay. Sekarang ni ain nak cerita tentang bukit Broga. Bukit ni sangat meletup tau. Maksudnya terkenal gituuu. Bukit Broga ni terletak di Pekan Broga . Broga ni pulak terletak di antara Selangor dan Negeri Sembilan . Ain ni orang selangor dan negeri sembilan. Haa eloklah tu. Daripada Kuala Lumpur, ia terletak sejauh 50 km manakala daripada Negeri Sembilan lebih kurang 33km. Tak jauh mana rasanya. Dalam 2 jam je. Hehe. sumber : google Okay, masa mula berjalan tu, laluannya agak lecak mungkin sebab baru lepas hujan. Melekat-lekat kasut ke dalam tanah berlecak tu. Macam gam. Tapi alhamduillah, kami semua dapat melepasi bahagian tanah berlecak tu. Kalau tak hujan, rasanya tanah tu okay je. Student UTM tengah meredah laluan berbahaya. Hah tengok tu, masa ni kat bahagian bawah lagi. Tapi kawasan ni agak li

Sarung Kaki Project

Image
Assalamualaikum. Okay mesti anda semua tertanya-tanya apa itu Sarung Kaki Project?? Ini adalah salah satu alternatif baru untuk menyebarkan dakwah tentang kepentingan menutup aurat. Kita semua tahu bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan kan? Dulu Ain buat endah tak endah tentang pemakaian stokin ni. Sebab Ain tengok ramai orang tak pakai. Jadi sebab tu laa ain tak pakai. Tapi sekarang? Alhamdulillah, bila keluar je mesti pakai stokin. Memang selesa sangat bila pakai stokin. Ini pun atas usaha rakan ain kat matrik yang selalu sangat suruh ain pakai stokin. Selain itu, dapat menutup kawasan kaki kita ni. Tak semua punya kulit kaki yang cantik kan? Hee. Okay ni explanation tentang apa yang mereka nak buat sebenarnya : Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga Allah terus memberi kekuatan buat kita semua untuk berdakwah di jalan yang ALLAH redha. Tidaklah lain kewujudan "Sarung Kak

Pusat Membeli-Belah di Johor Bahru (Part 1)

Image
Assalamualaikum ! Mesti ada dah yang tidur ni kan? Hehe. Okay, malam ni nak share sikit tentang pusat membeli-belah yang ada kat Johor Bahru ni. Mana lah tau kan kalau ada sesiapa nak ke Johor Bahru, tapi tak tahu nak shopping kat mana bolehlah shopping ke tempat yang ain akan beritahu ini. 1) Skudai Parade Okay, untuk pelajar UTM ni adalah pusat membeli-belah yang dekat. Kawan Ain kata Skudai Parade ni tak best sangat .  Dia kata tak ramai orang yang membeli-belah dekat sini. Dan barang kurang menarik. Ain tak pernah pergi lagi Skudai Parade. Nanti nak cuba pergi dan nak tahu apa yang ada kat sana. 2) Aeon Taman U Aeon Taman Universiti ni tersangatlah dekat dengan UTM. Haha, kalau rasa malas pergi jauh-jauh. Sini jelah tempat lepak. Bagi orang luar yang menginap di Scholar's Inn Skudai, Aeon Taman U paling dekat dengan anda. Kat sini ada MPH BOOKS, GIORDANO,  MCDONALD, WATSONS, AEON, dan banyak kedai lagi. Cuma Aeon ni tak la besar sangat, dua tingkat j

Tudung Akel Leopard bidang 50

Image
Assalamualaikum ! Selamat malam , okay semua pernah dengar Tudung Akel kan? Okay, memandangkan ain dah ada online shop sendiri, Jadi Ain dah mula menjual tudung Akel ni. Ain jual kat instagram dan juga facebook. Ini antara tudung Akel yang ada buat masa sekarang. Yang ni Ain jual untuk RM18 tidak termasuk postage. Kain memang super terbaik lah ! Hehe. Untuk maklumat lanjut, sila ke facebook : Nurmisaa Shop Atau kalau ada instagram : @nurmisaashop_my COD hanya boleh dilakukan di area UTM SKUDAI sahaja :)

Hotel di UTM Skudai

Image
Assalamualaikum, selamat malam semua ! Yaaa, mesti ramai dah tidur kan? Hehe. Jangan tidur dulu, malam masih muda. :D Okay entry kali ni ain mahu menceritakan tentang Hotel di dalam UTM Skudai ni. Bagi mereka yang datang ke Skudai, kalau tiada tempat nak menginap, bolehlah datang ke Scholar's Inn Skudai ni ! Orang luar pun boleh tinggal kat sini, dijamin selesa. Dan setahu ain, hotel ini bertaraf 3 bintang. Sebelum ain daftar ke UTM Skudai , ain dah survey mana tempat nak menginap. Mula-mula ingat nak tempah hotel kat luar, lepas itu kebetulan ada kakak senior bagitahu yang dalam UTM Skudai tu ada hotel yang selesa dan harganya boleh tahanlah. Ain pun mula cari kat Google, dan mula lah survey tentang hotel tu. Lepas itu, ain cakap dengan abah suruh tukar hotel, abah pun setuju. Hehe, dapat potongan RM10  sebab guna kad matrik ain. Wuu. Okay, ain ambil bilik yang detail dia macam kat bawah ni. Ni yang paling murah sekali. Sebab bilik yang ada aircond semua dah penuh :(

Apa yang menarik tentang Universiti Teknologi Malaysia (Part 1)

Image
Assalamualaikum. Selamat pagi dunia ! Memandangkan ain takP ada kelas pagi ni, jadi masa ini akan digunakan untuk tengok blog kejap. Kehkeh. Okay, tak lama lagi nanti pelajar matrikulasi, asasi dan STPM akan mengisi borang kemasukan ke universiti untuk fasa pertama. Masa tu ramai pelajar akan berebut-rebut untuk membeli nombor pin. Macam kat matrikulasi Perak dulu, kat sana ada satu mesin ATM je. Jadi bayangkan lah bila semua orang nak beli nombor pin. Memang beratur panjanglah kan. Wuu. Kepada adik-adik matrikulasi, asasi dan STPM, bila awak memohon kemasukan ke DEGREE . Sila pilih betul betul ye. Maksudnya daripada pilihan yang pertama sampai la pilihan yang terakhir, pastikan PILIH  course yang anda minat. Dan sekiranya course yang awak minat tu , awak punya kelayakan tak lepas. JADI, sila pilih course ikut kelayakan masing-masing. Sekarang ni, Universiti Teknologi Malaysia telah menapis permohonan pelajar-pelajar yang telah memohon UTM sebagai universiti pilihan

Life in Universiti Teknologi Malaysia Skudai

Assalamualaikum, and hello my followers, readers and stalkers? : D Alhamdulillah, sekarang ain dah menjadi mahasiswi di Universiti Teknologi Malaysia. Bersyukur sangat sebab dapat apa yang dihajati. Okay, Ain dapat kos Biologi Industri. Wuuu. I didn't expected to get involve in this course ! Sebab masa fasa pertama UPU, hampir kesemua pilihan, ain letak tentang KOMPUTER. Masa tu agaknya dah terpukau dengan subjek Sains Komputer kot. Bila start tengok CODING, okay dah mengalah. Sebab memang kurang minat bahagian situ. Ain lebih minet kepada edit gambar, dan yang berkaitan dengan tu. Masa fasa kedua lah, ain tukar semuaaaa kos. Dan ain letak biologi Industri sebagai pilihan pertama. Well, dulu masa sekolah menengah, tak nak dah masuk bidang Sains ni. Dan sekarang ain dah masuk bidang sains jugak. T.T Tak menyesal, cuma takut bosan je dengan course ni. So, untuk menghilangkan rasa bosan, kena la buat aktiviti yang tak berkaitan Biologi ni. Yang terbaiknya, fakulti ain iaitu

Mini GiveAway by AinnKetodd

Image
  TAMAT!!!! Assalamualaikum. Okay, pada hari ini ain akan buat mini giveaway. Ni PERTAMA kali ain buat giveaway. Sebelum ni hanya sponser giveaway orang je. Hehe. Harap mendapat sambutan daripada rakan-rakan blogger. Syarat-syarat penyertaan mudah saja : 1) Follow blog Ain . 2) Like page Nurmisaa Shop . ( https://www.facebook.com/nurmisaashop ) 3)Buat entry bertajuk "Mini GiveAway by AinnKetodd" 4)Copy BANNER DI ATAS dan linkkan ke post ni. 5)Tinggalkan link entry korang ke comment ENTRY ini sahaja. 6)Kalau nak promote lagi bagus ^^ 7)Pemilihan pemenang adalah berdasarkan encik random.org. TAMAT PADA 13 SEPTEMBER 2013 (11.59pm) .  Kemungkinan dicepatkan. Hadiah : Inner Half Cotton ( 5 PEMENANG ) Topup RM5 ( 2 PEMENANG ) Kerongsang Felt ( 2 PEMENANG ) Okay. Harap-harap adalah orang nak join ^^. Semoga berjaya ! UPDATE ! SENARAI PESERTA !!!

Sibuk dengan persediaan ke UTM

Assalamualaikum. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada yang join mini GA ain. Ya mini GA itu masih diteruskan ! Alhamdulillah, mendapat sokongan daripada beberapa orang blogger. Thanks ya ! Kedua, Ain sekarang agak sibuk. Lepas tu, line internet pulak sangat lah slow. Nak BW ke blog peserta GA pun loading lambat. Maaf sangat, tapi ain akan usahakan. Yang mana ain tak follow, ain akan follow nanti. Jangan risau. Sekarang ain tengah mengemas baju, mengemas itu ini sebab ain dah nak masuk U. Hehe. Hari Ahad daftar, tapi hari Sabtu dah gerak ke sana. Jauh kan. Dan kami dah tempah bilik hotel. Yelah nak bg abah rehat, dahlah abah je drivernya. Huhu. Malam Sabtu ain akan melawat ke JB. Kalau ada saudara nak bawa jalan-jalan lah :p Perasaan masa kini sangat lah excited ! Awww. Mungkin lepas mini GA ni, akan ada GA lain yang ain akan buat. Kehkeh. Tunggu dan lihat..!

Senarai Peserta Mini GiveAway by Ainn Ketodd

Assalamualaikum. Ini dia senarai peserta Mini GiveAway Ain. Ain akan follow dan melawat ke blog-blog ini setelah line internet Ain laju ea^^ 1)  http://chocollyheart.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 2)  http://sayasyiera.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 3)  http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 4)  http://arnilala.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 5)  http://nursyazafareha94.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 6)  http://nursyazafareha94.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 7)  http://umikasum.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 8)  http://www.kanvasdakwat.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 9)  http://annamammamia.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 10)  http://colourfulofainilife.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ainnketodd.html 11)  http://ishy77.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-ain

Review Blog : Itu dia Follower ke 600!!

Image
Assalamualaikum. Akhirnya, ain berjaya juga menemui follower blog ini yang ke 600!! Syukur alhamdulillah, follower blog ini sudah mencecah 600. Syukur-syukur. Jadi siapakah dia follower yang bertuah itu? Haaa ini dia, si gadis yang comel molek cantik cun. Hehe. Mari kita lihat sikit rupa blog dia : Ain tak tahu umur dia berapa. Hehe dia ni orang Perak. Hi jiran , ain daripada Selangor ! Hehe, blog dia pink gituuu. Sila melawat cik adik comel ni di superpapaya.blogspot.com/ Oh ya nur afiqah.Nanti Ain akan bagi hadiah kat kamu ea. Tunggu.....

Review Product : Barangan Kraf daripada SUS n d Felt Product

Image
Assalamualaikum. Ya ya, sejak kebelakangan ini. Ain sangat rajin untuk membuat kerongsang felt. Hehe. Dulu beria-ia nak buat tedybear, sekarang ni nak buat kerongsang pulak. Dan inilah hasilnya ! Hehe tak menjadi sangat sebenarnya. :3 Tapi bolehlah untuk permulaan kan. Alhamdulillah ! Untuk pin dan mini hot glue gun, ain telah beli di SUS n d Felt Product ! Sebab ain malas sangat nak keluar pergi kedai. Tu beli kat situ. Hehe. Kain felt tu memang dah ada kat rumah.. Apapun kan. Perkhidmatan dia memang terbaik ! :) Ni parcel daripada mereka ! Barang yang ain beli daripada mereka. Hehe. Pada peminat barangan nak buat kerongsang, tedybear dan sebagainya..Anda boleh dapatkan secara online daripada mereka. Ada juga untuk wholesale. Berminat? Sila ke laman web SUS n d Felt .