Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (6)

Assalamualaikum. Yeyy, ain update cerita lagi. Mwehehe. Banyak sangat nak cerita ni.
Kali ni Ain nak cerita tentang kursus senamrobik yang ain dah pergi beberapa bulan yang lepas.
Itupun di bawah kelab Rekreasi 1 dan 2.
Kursus ini telah diadakan selama 2 hari di Kolej Komuniti Sungai Siput. Jauh jugaklah daripada kolej kami. Tapi takpe , ada bas yang bawak kami pergi dan balik.
Mwehehe, kursus ni memang best tapi penat. Rehat sekejap je, lepastu buat senamrobik lagi.
Bayangkanlah dari pagi sampai ke petang buat senamrobik je. Memang berpeluh banyak aaa. Haha.
Apa-apa pun kami semua dah tahu asas senamrobik, jadi lepas ni kalau lecturer suruh conduct acara senamrobik kami boleh buat punyalah ; D

Pada masa yang sama, ada juga yang pergi kursus fotografi. Tapi untuk yang ada DSLR je la kan.
Jelly laaa iteww =.=
Haha takpe, one day I will get a DSLR. Inshaallah. :)
Macam-macam kami belajar, ada bicep curl, dan lain-lain. Tak ingat namanya.
Orang yang ajar kami pun bukan calang-calang orang, dia antara orang yang terkenal dalam aktiviti senamrobik di malaysia. Waww, walaupun dah berumur tapi dia larat lagi nak ajar senamrobik.
Memang hebat lah. Hehe.

Dan kalau korang nak tahu, susah jugak tau nak conduct senamrobik ni. Pemilihan lagu kena sesuai, bukan main belasah je pilih lagu. Nanti terketar-ketar nak buat senamrobik depan orang ramai.
Lepas tu kalau buat senamrobik , kena buat betul-betul. Tak boleh lembik-lembik. Nanti orang pun malas nak ikut. Heh, okay ain malas nak cerita banyak, mari tengok gambar dekat bawah.

Empat orang gadis tinggi : D

Me with fatin :)

Me with asyikin. Heh.

Me with nad yang comel :D

Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?