Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (4)

Assalamualaikum. Fuhh dah lama ain tak update blog ni. Dah berhabuk dah. Penuh dengan sawang. Haha :P
Ain nak sambung cerita yang dah tertangguh daripada 2 bulan lepas =.=
Ain dah tak ingat tarikh bila majlis perlantikan jawatankuasa perwakilan pelajar(JPP) tu. Tapi masa tu kami semua sibuk nak balik rumah. Homesick lagi la katakan. Haha.
Nasib baik habis awal, kalau tak nanti kami semua mengamuk. Hmm ain tak nampak sangat muka wakil-wakil pelajar ni sebab ain tak bawa spek mata oh walaupun duduk depan sekali.

Mereka kata YDP tu kacak, tak silap nama dia hakeem kot. Ecehhh, hensem lah jugak :D
Well, majlis ni memang setiap tahun ada. Nanti korang kena pergi mengundi, TAPI yang tak bestnya kita kena mengundi ikut wakil daripada modul masing-masing ja. Contohnya, kalau korang daripada modul 1, jadi korang boleh mengundi untuk wakil daripada modul 1 sahaja.
Lagi satu, nanti ada memo kat papan yang mengatakan siapa yang mahu jadi ahli JPP. Apa-apa event nanti ahli-ahli ni termasuk JPP akan membantu. Dapat sijil tau. So adik-adik jangan lepaskan peluang : D
Heh, okaylah tu je nak cerita. Nantikan cerita lain pulak yea : D

Selepas acara habis. Kiri ezzny, kanan aimi. Roomates :)


Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?