Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (10)

Assalamualaikum, bertemu kembali pada hari selasa yang cukup indah ni. Hihi.
Hari ini ain nak cerita tentang Eksplorasi ke Gua Tempurung di Perak.
Tak sampai sejam pun daripada kolej ain. Dekat sangat.
Bunyi tempat macam best kan? Hm memang best laaa. Pengalaman yang tak boleh dilupakan.
Ada beberapa kelab yang turut menyertai eksplorasi ni. Dan tentunya kami kelab Rekreasi 1 dan 2 wajib ada. Dah nama pun kelab rekreasi kan? ;D

Mengikut perancangan pensyarah kami, sepatutnya kami akan menjalani extreme adventure. Haa kiranya masuk ikut laluan bertangga, tapi bila keluar kena ikut laluan air. Ayoyo, masa tu ain dah cuak dah. Kenapa? Takut lah, tak pernah buat aktiviti mencabar macam ni. Ada yang kata nanti seluar koyak lah apelah. Haa malu den nanti~

TAPI disebabkan atas faktor cuaca dan demi keselamatan kami, akhirnya aktiviti tu dibatalkan. Kami cuma naik tangga je sampai laa ke platform berapa tah. Haa gua tempurung ni agak menariklah.
Ada beberapa bahagian yang ain suka. haha. ain tak ingat apa nama dia, tapi yang penting kat situ satu-satunya tempat angin masuk. Ajaib ! Sebab bahagian tu kat tengah-tengah gua jadi pelik la kan macam mana angin oleh masuk ke situ -.- Abang tu kata sebab ada lubang, tapi kita tak nampak. Huhu.
Memang best sebab bila korang duduk kat situ, macam duduk kat dalam shopping mall, yang ada air-cond tu.
Syok kan?

Okay, gambar dalam gua takda, gambar kat luar gua ada. Haha semua tak bawa kamera masuk dalam. Rugi ja T.T
K tengok lah gambar kami.Wehee, tata.

Encik Farid. Penasihat kelab kami.

Ain paling kiri : D

Our bus : D






Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?