Dapat barangan kosmetik secara percuma.

Assalamualaikum. Hi kepada readers, followers and stalkers? HAHA..
Okay kali ni ain nak cerita macam mana nak dapat barang kosmetik secara percuma?
Semalam ain pergi Popular di IOI Mall, Puchong dengan cik jyra. Hari ini dia dah pergi daftar kat Uitm, jadi semalam hari terakhir jumpa dia. Kehkeh.
Masa jalan-jalan kat Popular tu, kami pergi kat semua bahagian. Tempat terakhir kami pergi ialah bahagian majalah. Masa tu ain nampak majalah Dara.com. Okay memang 'excited' lah nampak majalah tu. Haha, ain belek je tapi tak beli. Then, ternampak majalah LISA.
Sebelum ni pernah nampak tapi ain tak berminat langsung nak tengok. Tak tahu kenapa...
Bila ain ambil majalah tu, ain cakap dengan jyra. Eh, ada free barang makeup la. Ain buat tak tahu je mula-mula. Jyra pun sama. Lama-lama jyra kata "Ain! Barang makeup ni mahal ni. Jom beli!"
Jyra pernah kerja guardian dulu, jadi dia ingat la harga barang-barang makeup ni. Haha.
Harga majalah tu RM3.90 tapi dapat barang make up harga RM10 ke atas. Syok kan?Tak payah nak membazir duit beli make up.
Setiap satu majalah ada 2 barang. Anda akan dapat satu barang make-up dan may shower cream diamond dazzle. Ain beli dua majalah (tamak.. :D)
Ain dapat Lip Balm Maybelline dan Maybelline hyper diamond eyeliner. Sejujurnya, ain suka dengan produk ni. Lip Balm tu buat bibir ain nampak berkilau. Dan eyeliner tu berwarna ungu dan berkilat. Memang lawa !

 
Maybelline hyper diamond eyeliner.

Lip Balm Maybelline


Hah, nampak berkilau kan? Ekeke :P
Oh ye, bukan dapat dua barang tu je. Kan ain cakap tadi anda akan dapat shower cream daripada May juga . Botol kecil je, macam tester la. Wangi ooo !

may shower cream diamond dazzle
Ni pulak antara cerita-cerita yang best dalam majalah LISA. kalau nak yang lebih terperinci, hang pergi la beli kat kedai. Okay.

Shila Amzah, lawa woo. Tapi awat gmbar dia tak pakai tudung ada dalam ni -.-

LISA, nama majalah yang menarik.

Mana yang suka pakai makeup tu, haa ni ada tutorial

Cantik, fesyen orang di pantai timur

Barang daripada The Body Shop

Diana dan Farid, sweet kan?

Ada resipi lagi tu...

Untuk ain, benda ni sangat lah penting. Hehe :P
Jadi, apa lagi. Cepat cepat pergi beli majalah LISA. Kalau nak dapat barang yang macam ain dapat, beli banyak-banyak :P

3 barang untuk RM3.90. WOW !

Comments

Putri said…
best nya..sis pun nk g beli majalah lisa la.majalah baru ye?
NurainSuperr said…
@putri. Hehe best kan, Haa ain rasa majalah ni dah lama ada cuma orang tak perasan.

Popular Posts