Berjalan-jalan di Ipoh Parade

Assalamualaikum. *winkwink*
Selamat malam semua. Haihh lagi 4 hari je nak balik matrik. :(
Taknak balikkkk ! Rindu rumah, rindu family, rindu rindu semuanyaaa.
Tapi, terpaksa juga teruskan perjuangan di sana bak kata kak Suhana...

Lagi satu semester je, sabar dik...

Hmm ye kak ain sabar, demi kejayaan, demi nak bantu keluarga. Ain kena kuat semangat.
Haaa dah terlari dari topik pula. Haha. Okay ni nak cerita ni. Lepas final exam harituu, kami yang modul 3 ni ada masa lapang untuk 4 hari. Jadi hari selasa tu kami semua(kawan-kawan ain) pergi ke ipoh parade. Ain tak pernah pergi sana tu yang nak pergi tu.

Ain ingatkan seronok sangat ipoh parade tu, rupa-rupanya tak langsung -....-
Kedai makan pun tak banyak, foodcourt ada tapi kawan ain beria sangat nak makan KFC. Tapi malangnya KFC pun tak ada. Then, kami makan Marybrown je.
Ain tak shopping. Kawan-kawan ain tu shopping. Hehe.

Mereka ajak ain tengok wayang. Wuu cerita 18 tahun ke atas woo. Nak tahu something tak?
Akak yang kat cashier tu tak percaya yang kami ni dah 18. Haha. Mentang-mentang kami ni kecik-kecik ( kecuali aimi,ikin,anis) Kesian kami. Dia kalau boleh nak tengok IC setiap orang, tapi anis cakap "Takkan nak tengok semua IC, kami semua ni dah 18" Terdiam akak tu. Agaga.
Kami tengok cerita 'Silent Hill Revolution'. Memang mengerikan laa ! Si dayah asyik pegang tangan ain ja. Haha ayoyo. Mula-mula dia yang excited nak tengok cerita tu : D
Okay, kami balik lambat sangat. Pakcik mus jemput pukul 7.30, masa maghrib. Hmm...
Penat memang penat, tapi best sebab jalan-jalan dengan kawan.
Dan sebenarnya ain demam masa tu, sob sob.. Larat lagi nak jalan....

Dalam panggung wayang...

Hidayah yang comel :)

Parkson?

Me with aimi , dia roomate ikin.

Comments

Fariz Reza said…
Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 69 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

NurainSuperr said…
waalaikumusalam, fariz. Inshaallah, ain akan follow anda. Thanks follow ain :)
Anonymous said…
Brp minit dr kolej ke ipoh parade?

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?