Adik lebih tinggi daripada kakak?

Assalamualaikum. Selamat tengah malam wahai kawan-kawan blogger sekalian. Haaa, nampak tak tajuk kat atas tu. Ain rasa kebanyakan orang mengalami situasi seperti ini termasuk ain. Haha.
Kadang-kadang rasa geram jugak kenapa la adik ain lebih tinggi daripada ain. *sobsob*
Adik ain ni mula tinggi sejak darjah 5, masa tu ain pun terkejut beruk.
Lepas itu, keluarga ain sebelah ayah mula la kata....

Aik, dulu kakak tinggi tapi sekarang adik pula tinggi...

Kakaknya kecil je, bila nak besar?

Oh nazmi ni ikut pak lang dengan paksu ni sebab itu la tinggi..

Kakak ni ikut nenek, sebab tu lah kecil.
Macam-macam komen mereka bagi. Dulu memang la ain terasa sebab ain ni rendah sangat.
Tak padan dengan umur. Tapi.....sekarang ain tak rasa apa-apa dah. Sebab bila jadi rendah,nampak lah mudanya. Awet muda lah katakan :P
Cuba tngok gambar ni...Haha, ketara oh perbezaan ain dengan adik. Dia kelihatan macam abang long..

Kakak kelihatan terlalu rendah.....Takpe, awet muda !
Cuba teka adik ain tu umur berapa? Ramai kata dia tu tingkatan 5. Haha kesian dia.
Sedangkan muda lagi kot ! Haa tu lah adik, kau minum kalsium banyak sangat. Kan dah terlebih tinggi. Abah ain kata nanti bila dah besar dia mesti tinggi macam paklang.
Adik ain dah lebih tinggi daripada abah. Ada sekali tu orang tanya kat abah..

Anak bujang awak ni dah kahwin ke?
Haha, makcik pakcik dia baru tingkatan 2. PMR pun tak lepas lagi. Nak kahwin? Lagi la tak lepas, fikiran pun tak matang lagi..Macam budak-budak. Haihhh.
Bila mereka nampak ain, mereka tanya benda lain pula...

Anak awak ni darjah berapa?

Kecik je anak awak ni, tingkatan 1 ye?

Nampak tak soalan dia? Haha. Kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang merasakan dia terlalu lah rendah, kuatkan semangat. Tak semestinya orang rendah ni lemah, and tak semestinya orang rendah ni tak ada kebolehan tersendiri! Terpulang kepada diri masing-masing nak jadikan diri tu lemah atau kuat. Okay sampai di sini saja. Tataaa~

Comments

Popular Posts