Posts

Showing posts from November, 2012

Dapat barangan kosmetik secara percuma.

Image
Assalamualaikum. Hi kepada readers, followers and stalkers? HAHA.. Okay kali ni ain nak cerita macam mana nak dapat barang kosmetik secara percuma? Semalam ain pergi Popular di IOI Mall, Puchong dengan cik jyra. Hari ini dia dah pergi daftar kat Uitm, jadi semalam hari terakhir jumpa dia. Kehkeh. Masa jalan-jalan kat Popular tu, kami pergi kat semua bahagian. Tempat terakhir kami pergi ialah bahagian majalah. Masa tu ain nampak majalah Dara.com . Okay memang 'excited' lah nampak majalah tu. Haha, ain belek je tapi tak beli. Then, ternampak majalah LISA . Sebelum ni pernah nampak tapi ain tak berminat langsung nak tengok. Tak tahu kenapa... Bila ain ambil majalah tu, ain cakap dengan jyra. Eh, ada free barang makeup la. Ain buat tak tahu je mula-mula. Jyra pun sama. Lama-lama jyra kata "Ain! Barang makeup ni mahal ni. Jom beli!" Jyra pernah kerja guardian dulu, jadi dia ingat la harga barang-barang makeup ni. Haha. Harga majalah tu RM3.90 tapi dapat barang mak

Adik lebih tinggi daripada kakak?

Image
Assalamualaikum. Selamat tengah malam wahai kawan-kawan blogger sekalian. Haaa, nampak tak tajuk kat atas tu. Ain rasa kebanyakan orang mengalami situasi seperti ini termasuk ain. Haha. Kadang-kadang rasa geram jugak kenapa la adik ain lebih tinggi daripada ain. *sobsob* Adik ain ni mula tinggi sejak darjah 5, masa tu ain pun terkejut beruk . Lepas itu, keluarga ain sebelah ayah mula la kata.... Aik, dulu kakak tinggi tapi sekarang adik pula tinggi... Kakaknya kecil je, bila nak besar? Oh nazmi ni ikut pak lang dengan paksu ni sebab itu la tinggi.. Kakak ni ikut nenek, sebab tu lah kecil. Macam-macam komen mereka bagi. Dulu memang la ain terasa sebab ain ni rendah sangat. Tak padan dengan umur. Tapi.....sekarang ain tak rasa apa-apa dah. Sebab bila jadi rendah,nampak lah mudanya. Awet muda lah katakan :P Cuba tngok gambar ni...Haha, ketara oh perbezaan ain dengan adik. Dia kelihatan macam abang long .. Kakak kelihatan terlalu rendah.....Takpe, awet mud

Berjalan-jalan di Ipoh Parade

Image
Assalamualaikum. *winkwink* Selamat malam semua. Haihh lagi 4 hari je nak balik matrik. :( Taknak balikkkk ! Rindu rumah, rindu family, rindu rindu semuanyaaa. Tapi, terpaksa juga teruskan perjuangan di sana bak kata kak Suhana... Lagi satu semester je, sabar dik... Hmm ye kak ain sabar, demi kejayaan, demi nak bantu keluarga. Ain kena kuat semangat. Haaa dah terlari dari topik pula. Haha. Okay ni nak cerita ni. Lepas final exam harituu, kami yang modul 3 ni ada masa lapang untuk 4 hari. Jadi hari selasa tu kami semua(kawan-kawan ain) pergi ke ipoh parade. Ain tak pernah pergi sana tu yang nak pergi tu. Ain ingatkan seronok sangat ipoh parade tu, rupa-rupanya tak langsung -....- Kedai makan pun tak banyak, foodcourt ada tapi kawan ain beria sangat nak makan KFC. Tapi malangnya KFC pun tak ada. Then, kami makan Marybrown je. Ain tak shopping. Kawan-kawan ain tu shopping. Hehe. Mereka ajak ain tengok wayang. Wuu cerita 18 tahun ke atas woo. Nak tahu something tak? Akak

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (10)

Image
Assalamualaikum, bertemu kembali pada hari selasa yang cukup indah ni. Hihi. Hari ini ain nak cerita tentang Eksplorasi ke Gua Tempurung di Perak . Tak sampai sejam pun daripada kolej ain. Dekat sangat. Bunyi tempat macam best kan? Hm memang best laaa. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Ada beberapa kelab yang turut menyertai eksplorasi ni. Dan tentunya kami kelab Rekreasi 1 dan 2 wajib ada. Dah nama pun kelab rekreasi kan? ;D Mengikut perancangan pensyarah kami, sepatutnya kami akan menjalani extreme adventure. Haa kiranya masuk ikut laluan bertangga, tapi bila keluar kena ikut laluan air. Ayoyo, masa tu ain dah cuak dah. Kenapa? Takut lah, tak pernah buat aktiviti mencabar macam ni. Ada yang kata nanti seluar koyak lah apelah. Haa malu den nanti~ TAP I  disebabkan atas faktor cuaca dan demi keselamatan kami, akhirnya aktiviti tu dibatalkan. Kami cuma naik tangga je sampai laa ke platform berapa tah. Haa gua tempurung ni agak menariklah. Ada beberapa bahagian yang ain suka.

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (9)

Image
Assalamualaikum. Hi, sebelum Ain sambung cerita... Ain nak minta tolong ni ! Tolong doakan untuk saudara kita di Gaza ya :( Okay, now sambung cerita >.< Haa ain tak ingat berapa hari bulan, tapi yg pasti satu dunia sambut Earth Hour. Dan kalau nak diiikutkan malam tu juga ada sambutan apa tah , dah lupa. Tentang bahasa kot. Hmm Ain dengan roomate ain, aimi & krisho malas nak turun sebenarnya.  Lah lah kami turun juga nak pergi kedai siswa. TAPI kedai siswa dah tutup :( Hm balik bilik dengan perasaan kecewa *ecewahh* Then, balik ja bilik tengok aimi tengah online, Ain pun apa lagi bukak la lappy. Haha, dahlah gelap, blok hostel senyap ja. Takut wuuuu~ Disebabkan tak tahu nak buat apa, ain dengan krisho tangkap-tangkap gambar.  Tamat cerita kali ni~Haha :P  

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (8)

Image
Assalamualaikum. Cerita bersambung lagi..... Sorry sebab update story banyak sangat ! Maaf-maaf. : D Okay ni Ain nak bagitahu result masa UPS harituu, yang tahu cuma kawan rapat dan family ja. Ain tak sangka kimia okay, tapi biology? Huhhh. Chemistry-A- Biology-C Maths-B+ Science computer-A See? Biology cukup makan je. Haihhh susah sikit bio kat matrik, kena banyak membaca dan menghafal.Anyway result PSPM lagi penting. Harap dapat okaylah. Risau kimia ohh :( Lepas ja result UPS keluar , kami pergi ke Ipoh ! Lecturer Math kami, Pn Faridah yang ajak. Dia ajak semua kelas tutorial dia. Best woo makan nasi lemak ayam kampung. Terbaik laaa ! And dia cakap kelas tutorial kami dapat kalahkan budak modul 1 yang dia ajar. Bangga sekejap : D Dayah, Qilah and Ikin Ni la lecturer Math kami :) Im the smallest -.- Kelas tutorial B1T6 :)

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (7)

Image
Assalamualaikum, kepada semua follower ain. Ain nak sambung cerita lagi ni, haaa. Kali ni ain nak cerita tentang pesta cahaya bulan. First time, ain tengok macam mana suasana sambutan pesta ini. Agak "best" lah. Malam yang gelap disinari dengan cahaya tanglung. Kami main tanglung beramai-ramai. Tanglung yang dah siap je. Hehe. Cuma nak letak lilin tu susah sikit. Jadi ada lah student chinese yang tolong. Ada game, persembahan. Yang kelakarnya, atiqah punya tanglung terbakar. Hehe. :P Banyak jugak kebakaran yang berlaku. K k , bahaya main tanglung ni tau. K ain pun tak tau nak cerita apa dah, tengok gambar okay? :) Lawa kan? Tanglung Ain, Krisho, Atiqah dan Aqilah. Atiqah dan Krisho :)

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (6)

Image
Assalamualaikum. Yeyy, ain update cerita lagi. Mwehehe. Banyak sangat nak cerita ni. Kali ni Ain nak cerita tentang kursus senamrobik yang ain dah pergi beberapa bulan yang lepas. Itupun di bawah kelab Rekreasi 1 dan 2. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari di Kolej Komuniti Sungai Siput . Jauh jugaklah daripada kolej kami. Tapi takpe , ada bas yang bawak kami pergi dan balik. Mwehehe, kursus ni memang best tapi penat. Rehat sekejap je, lepastu buat senamrobik lagi. Bayangkanlah dari pagi sampai ke petang buat senamrobik je. Memang berpeluh banyak aaa. Haha. Apa-apa pun kami semua dah tahu asas senamrobik, jadi lepas ni kalau lecturer suruh conduct acara senamrobik kami boleh buat punyalah ; D Pada masa yang sama, ada juga yang pergi kursus fotografi. Tapi untuk yang ada DSLR je la kan. Jelly laaa iteww =.= Haha takpe, one day I will get a DSLR. Inshaallah. :) Macam-macam kami belajar, ada bicep curl, dan lain-lain. Tak ingat namanya. Orang yang ajar kami pun bukan calang

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (5)

Image
Assalamualaikum. Hi, kita bertemu lagi. Jangan marah ye ain update cerita banyak-banyak : D mwehehe. Kali ni nak cerita tentang SenamTari 1 Malaysia. Ingat tak? Semua sekolah termasuk matrikulasi dan politeknik wajib mengambil bahagian. Haha, keyyy. Ain sebenarnya malas nak turun. Tapi gagahkan juga la, sebab wajib kan. Cehh, padahal boleh je menyorok dalam bilik. Bukan fellow tahu pun :p Masa ni buat senamrobik je, best pulak. Lecturer yang "conduct" tu sangat bertenaga. Haha, terutama Puan Maslinda dan Puan Wan. Masa tu kami tak kenal pun lagi lecturer ni. Kejap-kejap ain ikut apa yang dorang buat, then penat ain duduk je la. Malas nak buat : D Kawan-kawan ain sangat bertenaga untuk buat senamrobik. From left : Ezzny, aqilah, and fatin me with fatin comel :) Tiga kat depan roomates, yang aimi kat belakang tu roomate ain :D

Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (4)

Image
Assalamualaikum. Fuhh dah lama ain tak update blog ni. Dah berhabuk dah. Penuh dengan sawang. Haha :P Ain nak sambung cerita yang dah tertangguh daripada 2 bulan lepas =.= Ain dah tak ingat tarikh bila majlis perlantikan jawatankuasa perwakilan pelajar(JPP) tu. Tapi masa tu kami semua sibuk nak balik rumah. Homesick lagi la katakan. Haha. Nasib baik habis awal, kalau tak nanti kami semua mengamuk. Hmm ain tak nampak sangat muka wakil-wakil pelajar ni sebab ain tak bawa spek mata oh walaupun duduk depan sekali. Mereka kata YDP tu kacak, tak silap nama dia hakeem kot. Ecehhh, hensem lah jugak :D Well, majlis ni memang setiap tahun ada. Nanti korang kena pergi mengundi, TAPI yang tak bestnya kita kena mengundi ikut wakil daripada modul masing-masing ja. Contohnya, kalau korang daripada modul 1, jadi korang boleh mengundi untuk wakil daripada modul 1 sahaja. Lagi satu, nanti ada memo kat papan yang mengatakan siapa yang mahu jadi ahli JPP. Apa-apa event nanti ahli-ahli ni termasuk