Saya Pelajar Kolej Matrikulasi Perak (1)

Assalamualaikum. Hi semua. Sihat? Tinggal lagi beberapa hari je nak raya kan?
Ain pun tak sabar, tapi kalau boleh ain nak je masa ni berlalu dengan lambat. Kenapa?
Sebab ain nak duduk rumah lama-lama. Hehe. 26 haribulan nak balik ke matrik dah. Uuu.
Im happy but at the same time I feel so sad sebab akan tinggalkan rumah kesayangan ain ni.
Tapi kat matrik, life kat sana dah best. Seronok sangat. Ramai kawan-kawan yang satu kepala, roomate pun kepala gila-gila, sporting dan baik. Hehe. Mereka la yang akan buat kita terhibur kat sini.
Bukan lama pun kat matrik ni. 10 bulan je :(

Masa minggu orientasi, terlalu penat oh. Nak mandi pun sampai tak sempat.
Dan kalau nak mandi pagi, kiteorang sanggup la bangun pukul 4pagi sebab tak mahu berebut bilik air.
SEMANGAT kan? Kalau tak bangun awal memang tak sempat nak mandilah ceritanyaaa.
Baju pun basah lencun sepanjang minggu orientasi sebab Dewan Sri Kinta tu terlalu besar, dan aircondnya tersangatlah sikit. Bayangkan lah untuk batch kami ni pengambilan pelajar seramai 2000 pelajar.
Gila kan?HAHA. Terpaksa berhimpit-himpit macam dalam tin sardin. Dengan plbagai bau dan aromanya. Pheww~

K tengok la muka gewdik ain ni, masa ni pakai baju warna orange. eh, oren. Eh, jingga lah !


Perasan comel. Eh sorry ezzny, tertangkap gambar katil ezzny :D
Haha, masa minggu orientasi tu adik-adik kena lah kuatkan semangat yea sebab memang terlampau lah penat badan korang nanti. Hanya ain dan tuhan je tahu betapa penatnya pada minggu tu :')
Tapi alhamdullillah , segalanya berjalan lancar. Ain dan roomate pun tak ada yang demam terkejut dan sebagainya.

Kat sini pun kita akan rushing untuk pergi ke masjid dan akan berebut-rebut untuk solat di saf hadapan sebab ada kipas yang besar. Haha, kalau korang duduk kat saf tengah memang berpeluh lah masa solat nanti.
Dan kat sini juga ain solat subuh berjemaah, jarang nak solat subuh secara berjemaah tau :')
Tapi apapun seminggu orientasi, dari solat subuh sehinggalah solat isyak memamg kena solat berjemaah.
Lepas solat Isyak je, kena pergi dewan balik. Nasib baiklah ajko-ajko baik hati bagi kami balik bilik pukul 12pagi. Kalau kat universiti sampai pukul 2-3pagi tau =.=

Dan KMM pun masih lagi awesome sebab ain dapat satu kelas dengan budak-budak hebat. One of them came from Shah Alam. Hafiz namanya. Dia memang pandai bercakap :O
Dan korang jangan terkejut, kat sini ramai budak lelaki yang alim-alim. Sesuai untuk dijadikan suami :P
KMM 094, I will never forget you. Ada juga yang tak ingat kat ain, but never mind. Kita kenal pun sekejap sahaja. I will miss you all <3

K k banyak pulak ain bercerita, apapun minggu orientasi paling awesome sebab banyak benda lawak brlaku pada masa ni. Haha.
Dah malas nak bercerita korang tengok lah gambar-gambar kat bawah. k assalamualaikum.

This is my friend, Sakinah.

Candid! Who's this :o
Crying because too tired ! Harhar :P
Ni beg yang kiteorang dapat. Lawa kan ?
Kunci Bilik. Kehkeh.
Rujukan korang : D
tengok betul-betul !
Jadual pack masa hari orientasi :(

Comments

  1. assalammualaikum, saya nie budak yg bakal masuk matrikulasi perak sesi 2013/2014 ~ hmm, nak tnye nie ~ baju untuk orientasi die mmg bagi or baju sendiri ??? terima kasih :D

    ReplyDelete
  2. @zatiey waalaikumussalam , wah congrate :)
    yup, baju untuk orientasi dia bagi. memang kena pakai baju tu. wajib.

    ReplyDelete
  3. Slm.. Akak,t-shirt mmg wajib ade kolar ke ?? Pastu cadar kne bw wne ape ??

    ReplyDelete
  4. @ayna alya dalam lama web matrik tulis wajib kan? same la mcm akk tahun lepas, akak bawak je tshirt takda kolar, lagipun pakai tudung kan, mana nampak :)

    ReplyDelete
  5. ehh cadar tak kisah warna apa, warna warni pun boleh. nak kartun-kartun pun boleh :D

    ReplyDelete
  6. akak,name sye ain jgak . hee,dpt tawaran KMPK jgak ,tp masih x pham . kasut yg brkulit pvc tu mcm kasut sarung tp flat boleh kn ? kast sarung tu,i means ,mcm kasut yg nampak permukaan atas kaki,mcm tiamo .. mohon pnjelasan .

    ReplyDelete
  7. hehe okay adik ain. akak dulu bawak jugak satu kasut pvc tu, yup kena flat tak boleh ada heels. tapi bila akak dah pergi sana. ramai je pakai kasut flat yg berwarna! Hm then akak pun bawak la lepas 3 minggu duk kat sana. hehe tapi jangan lah kasut flat yg warna terang-terang and terlalu banyak hiasan kat kasut tu.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, erm kat sana mesti pakai tutdung hitam ke during orientation week ? thank you ;)

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam, masa kami haritu kena pakai tudung hitam, tp tak tau lah masa orentasi korang t :)

    ReplyDelete
  10. Saya dapat matrik perak jugak. Should I go? Best tak?

    ReplyDelete
  11. Kalau awak rasa, awak boleh. Masuk lah. Best! :)

    ReplyDelete
  12. Hye kak..btol ke study kt mtrik kne struggle gile2??takot laa..

    ReplyDelete
  13. salam.. Kak tahu tak jadual lepas minggu orientasi macam mana? terus belajar atau ada cuti seminggu? terima kasih!

    ReplyDelete
  14. Hai, haaa memang kena struggle tapi tak adalah gila. Depends lah. Kalau awak pandai, takpayah struggle pun takpe. Tapi kalau kurang , kena struggle lebih sikit lah. Yg penting rajin ^^

    ReplyDelete
  15. haze : wasalam. Haa, lepas orientasi terus belajar, takda cuti dek :)

    ReplyDelete
  16. salam... kat sana tiap2 hari kena bgun pkul brapa kak ?? dan masuk tidur pkul brpa? time study pkul brapa hingga pkul brpa? lepas masuk kalau tak nak dok sana lagi,nak keluar boleh? sana panas tak? outing cam na? best?
    *sorry bnyaknye soalan..hehe

    ReplyDelete
  17. wasalam, masa hari orientasi kena bangun pukul 4.30 atau 5pagi sebab minggu orientasi, semua pelajar akan solat berjemaah di masjid daripada subuh sampai la isyak. Kalau time dah start belajar, akak biasa bangun pukul 5.30.tapi kebanyakan bangun pukul 6pagi. Time study kalau hari biasa, malamlah. Kalau hari minggu, pagi ataupun malam.
    Nak keluar ? boleh je, tapi pastikan dapat tawaran belajar kt tmpt lain..
    Sini tak la panas, sbb atas bukit. Outing naik bas , takpun sewa teksi. Best ! Sebab akak tak pernah pergi ipoh.haha

    ReplyDelete
  18. Salam kak. Modul 1 dengan modul 3 yang mana susah kak? Pergi kuliah mmg kena pakai baju kurung ke kak? Berapa jam untuk satu kuliah? Dewan kuliah macam mana kak besar ke ? Time outing kena pakai baju kurung jugak ke kak atau boleh pakai seluar ?Sori kak banyak soalan. Hehe :)

    ReplyDelete
  19. wasalam. Modul 1 lagi susah sebab subjek dia tough sikit. Hihi, yup kena pakai baju kurunggg.. 1 jam ja kuliah, dlam sehari tu tengok jadual adik lah cmane, kat sini 2 je dewan kuliah besar, yg lagi 4 kuliah kecill. Time outing masa mula-mula je kami pakai baju kurung, lama-lama pakai je seluar hihi takpe.

    ReplyDelete
  20. salam,,akak sye pon pelajar yg insyallah akan ke sini,,nak tanyee,,upload gmbar utk buat kad pelajar tu cmne ek?x faham la,,kalau pakai tshirt je utk upload x boleh ker,,mmg kene pakai baju kurung ker nak wat kad pelajar tuu,,okay tu je,,tq:)

    ReplyDelete
  21. wasalam . tahniah,. haa gambar? hm tu akak tak pasti. sebab batch korang yang first dia buat mcmtu, masa kami. kami kena p tgkap gambar kat sana, and pihak matrik yg tgkapkan. better call pihak matrik

    ReplyDelete
  22. Akak jeans bole bawak ke . ?

    ReplyDelete
  23. salam kak . kasut sneakers jenis bum tu boleh dijadikan sebagai kasut sukan ke tak ? or kasut sukan yang betul2 sukan ? haha . sorry tanye soalan pelik .

    ReplyDelete
  24. @siti noraini : boleh tapi tak boleh pakai masa ada kuliah.

    ReplyDelete
  25. wasalam , haaa tak pasti lah dek. Tapi masa akak buat aktiviti dgn kelab, ada sorang pensyarah ni marah kalau pakai sneakers. Nak bawak and pakai boleh tapi tidak digalakkan pakai bila ada aktiviti dengan kelab. Dia depends kat pensyarah tu jugak, kalau dia strict habislah. hee. so better ada satu kasut sukan yg betul-betul :)

    ReplyDelete
  26. Salam kak. Modul 1 modul 3 tu mcm mna? Kak blajar course apa? Dia ada course apa lgy eh? Sbb kami dpt, dia tulis sains ja. Hee

    ReplyDelete
  27. modul 1 : Ada chemistry, bio, physic and maths.
    modul 3 : chemistry, bio, comp science and maths.

    ada modul 2 : Ada chemistry, science comp, physic and maths.

    oh maybe masa orientasi nanti korang dapat tau modul mana.

    ReplyDelete
  28. kak...btul tak,klu dah dftar matrik, yg lain apa yg minta akn batalkan..??
    dftar matrik ni boleh tangguh dulu tak ?? klu dftar lewat boleh ? masa p dftar, ibubapa juga perlu pergi ke ?

    ReplyDelete
  29. notebook/netbook boleh bawa tak ? wifi banyak tak sana ? hostel cm na,jadi mcm dorm kat asrama skolah atau jadi bilik atau jadi rumah ?
    ramai tak pelajar yg bkn muslim (non-muslim)? jika time solat,mereka buat ape? kmpk ni jauh tak dari bandar ? atau berada dalam bandar?
    kalau dpat tawaran tapi rasa tak minat nak masuk matrik ni,rugi tak?
    ni tinggal brapa hari lgi ja kena pergi dftar...tpi satu benda pon tak sedia lagi,.sempat lagi tak?
    *hmmmm cnfius + tension sngat..kak tolong saya..:'(

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum...
    akak, masa dftr kne pakai baju kurung ye? And klo saya bawa patung masuk asrama boleh ke? hehehe..

    ReplyDelete
  31. tak semestinya, sebab selagi adik tak tolak tawaran yang datang, adik akan dapat je. Ada je dah daftar matrik, then lepas seminggu JPA panggil.
    Daftar lewat? Tak pasti lah dek, cuba call phak matrik.
    Masa daftar? Aah kenalah pergi, nanti ada taklimat untuk ibubapa. PENTING tau.

    ReplyDelete
  32. -Notebook/netbook boleh je bawa :)
    -Wifi? Banyak jugak.
    -Dorm , ada banyak bilik.
    -Non muslim tak ramai, biasanya dalam lebih kurang 500 cmtu. Dorang ada aktiviti lain kat dewan.
    -Haa kalau dari pekan gopeng tak jauh, tapi kalau dari bandar Ipoh jauh
    -Errr rugi kot.
    -Inshaallah sempat :)

    Adik ada dapat tawaran upu? Hm akak tak dapat nak tolong sangat. Pilihan di tangan adik :)

    ReplyDelete
  33. @nfaz : Waalaikumussalam. Yup masa daftsr kena pakai baju kurung. Haha boleh je adik :)

    ReplyDelete
  34. Hai kak ain. This weekend saya datang sana sebagai student hihi. Kak, saya nak tanya lah. Kalau course account kan, belajar jugak ke chemist physics segala jadah tu?

    ReplyDelete
  35. tawaran upu tak dapat...tapi nak bt rayuan laa..

    ReplyDelete
  36. @dyla :

    Hai hai dyla!
    Hihi congrate :)
    Eh tak , kalau account korang belajar benda lain. Tak ada kimia, physic semua tu. Yang sama maths je, tapi korang punya lain sikit daripada kami kot.

    ReplyDelete
  37. oh yeke, haa buatlah rayuan. Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum akak, nak tanya wajib ke pakai tudung dekat sana? kalau tak wajib, ramai ke yang tak pakai tudung?

    ReplyDelete
  39. @dee : waalaikumussalam. Tak wajib, tak ramai pun yang tak pakai tudung.

    ReplyDelete
  40. Salam. hi kak. saya ada beberapa soalan.

    kalau dah daftar nanti, after that kalau lah tiba tiba kita nak keluar matriks after one month ke.Kita boleh keluar ke? Sebab saya dengar once kita dah masuk, kita tak boleh keluar dah.

    macam mana kehidupan dekat sana eh kak? syllabus dia semua.Betul ke kalau kita tak dapat syarat minimum lulus nanti kena tendang?

    Sorry banyak soalan. sebab saya masih confuse nak terima ke tak :/

    ReplyDelete
  41. Wsalam Hi:)

    Boleh, tapi pastikan ada tawaran daripada kolej/universiti lain ya.
    Ramai je keluar lepas dapat tawaran rayuan upu, ataupun SPA, JPA.

    Kehidupan? Hm macam budak asrama. Hee, but bebas sikitlah. Tapi tak sebebas budak U. Syllabus dia okay, not bad. Boleh catch up lagi. Aaah, kalau pointer 2.00 ke bawah kena tendang.

    Eh takpe, buat pilihan betul-betul :)

    ReplyDelete
  42. salam kak ain?boleh bg contact akak x?fb k?sng skit nk tny ape2..kalau akak x kisah lah..hehe..tq

    ReplyDelete
  43. Salam akak nk tanya, dekat sana kalau time riadah wajib ke berlengan panjang? Kalau pakai lengan pendek then pakai inner tk boleh eak? Hihi, bagi akak modul mane yang paling okey 1.2 or 3 sebab takut nanti tak dapat follow :/

    ReplyDelete
  44. wasalam, haaa okay. boleh jee :)

    Fb : Ainn Ketodd

    ReplyDelete
  45. Waslam, aah wajib. Oh pakai macam tu pun boleh juga :)
    Kalau ikutkan modul 1 paling bagus. Tapi kalau nak kurang sikit beban, masuklah modul2 atau 3. Ngee

    Terpulang kat adik.

    ReplyDelete
  46. assalam.. kalo laki2 soal rambut strict x?? sbb dlu ada pengarah matrik gopeng kata ada je rmbut pnjng ok je..

    ReplyDelete
  47. sana ada mesin basuh tak ?
    bilik air mcam mana? setiap bilik ada satu bilik air kar cam na? kena merebut tak ?
    kat sana apa yg disediakan bagi ? cntoh tilam,katil...........lagi ?
    -_-

    ReplyDelete
  48. @Iqmal Zamri : Haaa tak pasti, tapi tak silap akak masa hari orientasi abang-abang AJKO akan bagi amaran rasanya. Kalau pengarah, taktahu hee.

    ReplyDelete
  49. Ada je mesin basuh, tapi berbayar lah.
    Bilik air kat luar. Dalam bilik air tu ada 8 bilik mandi, 8 jamban, and lebih kurang 20 sinki untuk basuh baju.
    Yup, kena berebut sikit.
    Lagi meja belajar, kerusi belajar, loker/almari.

    ReplyDelete
  50. asslamualaikum, nak tanya sikit, bila minggu orientasi tu wajib ke pakai tudung? dan nanti ada batch akak yang jaga budak2 yang baru masuk ke?

    ReplyDelete
  51. Assalammualaikum kak, saya nak tanya boleh tak bawak iron and hair dryer? Also can girls wear jeans selain drpd time kuliah? like extra activities etc.?

    ReplyDelete
  52. wasalam, akak tak pasti. tapi biasanya semua pakai tudung. Yup, ada kawan-kawan akak jaga. And also abang and kakak yang dah 3-4 tahun tinggalkan matrik.

    ReplyDelete
  53. Waalaikumussalam, tak boleh bawak. Tapi kalau nak bawak, pandai-pandai lah sorokkan. Yup, boleh je. Oh untuk extra aktiviti tak boleh ^^

    ReplyDelete
  54. kak,,kalo nak sebilik ngn kawan sekolah cmne?mmg pihak kmpk dh tetap kan siap2 ke?bilik air kat ujung ke?kalo nak tuka modul cmne eh?sori byk tnye,,tenkiu(:

    ReplyDelete
  55. susah nak dapat sebilik dgn kawan sekolah. Aah, kalau dpt sebilik pun sbb nasib je. Hee. Tak kat, tengah-tengah blok.

    Tukar modul masa hari orientasi nnti. SAMA=SAMA :)

    ReplyDelete
  56. Salam akak , saya nak tanya sikit ... kalau ambil jurusan akaun disana wajib ambil addmath ke ? Thanks ye :)

    ReplyDelete
  57. @gadis jambu :

    wasalam, yea kena ambil addmath jugak :)

    jangan risau, math kat sini inshaallah, semua student boleh bawak.

    ReplyDelete
  58. akak, saya nak tanya pasal pilihan jurusan tu... kalau saya tak ambil prinsip akaun masa spm, boleh saya ambil jurusan perakaunan masa matriks tak?

    ReplyDelete
  59. @空弦无音:

    boleh, tapi kena tunggu masa hari orientasi nanti.

    ReplyDelete
  60. Akak saya dapat dekat sini. Saya nak tanya, betul ke kalau dekat sini susah nak outing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak susah sebab jauh sikit daripada bandar. Kalau awak nak makan kfc / piza dekat je. kat gopeng.

      Delete
  61. salam..yang baju tshrt lengan pnjng berkolar 2 kita kne beli sendiri kat luar or telah disediakan oleh pihak matrikulasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa batch akak, dia sediakan dua baju berkolar lengan panjang.tapi akak bawa je. hehe. tapi takyah berkolar pun takpa sbb pakai tudung kan.

      Delete
  62. Salam Ain...just nk tanya Ain sendiri amik modul ape n mase degree amik course ape?
    I nk pursue medic tp fizik dpt C..do u think i can go for modul 1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. modul 3, biologi industri. inshaAllah. result SPM takkan efffect masa awak kat matrik. kalau awak rajin, awak dapat lah result baik kat matrik.

      Delete
  63. Ye ke dia takpe kalau pakai baju takde koler. Dia xcheck eh? Sy plussize. Sgt sgt sgt susah nak cari baju lengan panjang yg ada kolar T_T hmmm baju yg pihak matrik bagi tu ade tak saiz besar? Haha risau semua kecik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, akak tak bawak pun dulu. sbb memang tak ada, cari kat kedai pun tak jumpa. ada rasanya ^^

      Delete
  64. bagaimana jadual untuk pulang ke hometown..berapa kali sebulan boleh balik..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda jadual pun . if takda program hujung minggu leh la balik ;)

      Delete
  65. Akak..kat situ die penah wat spotcheck x untuk bj...sbb sye xde baju berkolar..sye pompuan

    ReplyDelete
  66. salam akak,kat matriks kan,aduihh sye dlm dilema laa kak,xtau nk trime ke tak,sbb sye dpt rsekn yg sye xxbole bwk la matriks,,tpi klaw kite xlulus,i mean xdpt capai target die,dia akn tendang kite kat mne ??pihak matriks akn main hntr je ke ??

    ReplyDelete
  67. wsalam. eh jgn kata cmtu, akak pun selalu kata cmtu dulu. bila da masuk alhamdulillah okay ^^ maksud awak lepas habis matrik ke apa? if awak dpt pointer overall kurang 3.00 kemungkinan awak akan dpt kos lelong.

    ReplyDelete
  68. salam akak.. sye In Shaa Allah bakal pelajar matrik perak 2014/2015.. sye nak tye, dorg ade buat spotchek tak kat bilik?? akak dulu bawak tak seterika?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, wah welcome junior ! hehe. err dalam setahun akak duk sana dlm 2 kali je dia wat spotcek. tak, tp ada je org bawa.

      Delete
  69. salam akak kalo dekat surat tawaran tu ada tersalah alamat camne ye. sy dh try call matrik tp x dpt

    ReplyDelete
  70. akak , saya nak tanya. nak bayar yuran kat bsn , saya takde akaun bsn. nanti dia bagi buku akaun dgn kad ye bila dah bayar? ada cas untuk buat akaun? ke saye kena buat akaun sendiri baru bayar? saya tak paham yang bahagian situ.

    sorry ya akak tanya yang pelik2 , saya dapat tawaran dekat N9 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee akak tau memang kena bayaq kat bsn, yg lain akak da lupa, better awk call office ^^

      Delete
  71. assalamualaikum ka in :) nak anye satu bilik kongsi berape org? oh mmg kene pakai baju kurung je ea kat sane? so x pyh la bwk baju2 lain ea? tanx :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, 4 orang. biasa memamg kami pakai baju kurung saja ^^ baju lain bawa juga, mana tau na outing ke.

      Delete
  72. Salam akak, aaa nk tanya sikit. Pembelajaran kat matrik ni same macam sekolah ke? Hari2 cuti pula macamne? Pastu akak, kita tinggal dalam dorm ke bilik? Seterika boleh bawak tak? Aaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih detail daripada sekolah. hari cuti? cuti cm biasa lah. hee. dalam bilik. tak boleh dek. dia da sediakan

      Delete
  73. hai, kak. kat sana kena bawak iron sendiri ke mmg ada bilik iron? mesin basuh ada byk tak? kalau pakai jubah pegi kuliah boleh tak? kalau outing, kat sana ada supermarket apa? and akak skrg sambung belajar kat mana? sorry byk tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh ada bilik iron, ada 3 mesin basuh. boleh ^^ ada shopping mall kat ipoh, ta banyak. kat utm jb.

      Delete
  74. Nak tanya sana ade sediakan seterika ke tak? Akak and kawan2 gosok baju macam mana???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sediakan. hee gosok baju cm biasa lah ^^

      Delete
  75. Kak, kat bilik ada bape plug?

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum akak..saya bakal student kat KMPk..saya nak tnye,waktu akak daftar dulu jammed x jalan? dekat gopeng ade x homestay or hotel yg dekat dgn matrik dalam 7-8 km? saya takut lambat jer daftar 6t

    ReplyDelete
    Replies
    1. jammed gak, sebab.. biasa budak dr pantai timur akan tidur kat masjid matrik tu. hee jadi da banyak kete da pepagi tu. ada ada. akak ada post kat blog ni.

      Delete
  77. salam akak...saya In Shaa Allah bakal student KMPk ..saya nak tnye, hostel dgn dewan kuliah jauh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, tak jauh if awak daripada blog perempuan, blok lelaki jauh sikit.

      Delete
  78. Hai..kak ain..saya uzma..salam utk akak..sya bakal daftar pd 26 hb may ni sesi 2014/15..saya bakal jadi penghuni asrama seri teja..saya nak tanya bilik saya adalah TG24...apa tu?? Tingkat berapa dan brp no bilik tu...terima kasih kak ain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rasa cm bawah sekali and num 24.

      Delete
  79. salam akak..kat sana bilik air dalam bilik atau luar bilik?

    ReplyDelete
  80. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum akak. Sy mira..daftar 26 mei ni..sy dpt blok seri teja bilik TG9. Tingkat berapa eh?

    ReplyDelete
  82. Kak, selalu ke kat dorm takde air? and saya dpt bilik t1.10 dorm seri kerian, dia kat bagian mana eh, tingkat bape? thanks kak. u help me a lot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang, haritu sekali dua ja. oh tingkat 1, bilik tu bahagian hujung sekali, tp dekat dgn bilik iron dan toilet.

      Delete
  83. akak nak tanya, minggu orientasi tu buat apa je? best tak? and lagi satu saya tengah tunggu ipg. So kalau dapat, boleh keluar matriks tak? kena denda tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam macam. hee. best, sebab main je kerjanya. boleh tapi pastikan if dapat elaun matrik, jgn guna dulu. atau if da guna, awak kena bayaq balik kat mereka. (kwn akak gtau)

      Delete
  84. Kak, kalau nak pakai mesin basuh kena pakai duit syiling eh? kat sana ada mesin yg jual air mineral tu tak yg mcm sukida tu? ada water cooler tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup duit syiling. ada ja. water cooler rasa cm ada kat masjid je kot.

      Delete
  85. Assalammualaikum, saya baru je trima tawaran masuk ke matrik perak, jadi apa next step yg perlu saya buat ye?
    Terima kaish :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. eh kenapa tnya akak? kan semua depa da bgtau T.T
      yg penting kena bayar yuran dulu. hee apa apa tanya office na. sebab akak da lama tggalkan matrik. takut batch awak taksama dengan akak.

      Delete
  86. kak, kasut kena berkulit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk lelaki ke? if lelaki kena.

      Delete
    2. bagi perempuan dia tulis 'Berkasut kulit / PVC bertutup'. So kalau flat shoes biasa je boleh ke? mesti pvc or berkulit?

      Delete
    3. boleh, tak semestnnya pvc/kulit

      Delete
  87. Nak tnya.. bleh tak nk tkar cos sains ke perakaunan? Dan macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, masa orientasi nt dia akan cakap..

      Delete
  88. kalau nak hias bilik contoh mcm tampal poster or sticker kat dinding boleh tak? jarak antara dorm (pompuan) jauh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. sebelah-sebelah je dek ^^ dekat sangat.

      Delete
  89. suis kat bilik, dia letak kat mana? i mean kat katil ke? atau meja study?

    ReplyDelete
  90. kalau perempuan time outing boleh pakai seluar jeans tak? ke memang takleh pakai seluar jeans langsung kat matrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat luaq matrik leh pakai seluar jeans. dlm matrik tak leh

      Delete
  91. akak, kan kalau dftar online dia dah bagi num bilik terus semua. so kalau dftr hari last dia. 19 ni so dapat tgkat atas atas eh ? ke dia random ?

    ReplyDelete
  92. Kak, nanti time sem 2 tukar bilik ke tak? kalau perempuan, kasut kalau tak berkulit/ pvc pun boleh ke? contoh mcm kasut yg material kain ke? (i mean kasut utk gi kuliah/class)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik yang sama. kecuali PDT, sem 3 dia bilik lain..boleh je kasut bukan pvc

      Delete
  93. Akak, mmg tak boleh bawak extension plug ke? time akak dulu ada org bawak tak? kalau bawak apa tindakan yg akan diambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak nak bawak boleh, tapi nt bila ada spotcek kena pandai-pandai lah. ada je, biasa dia akan rampas. habis sem baru leh g ambik kat ofiss

      Delete
  94. Boleh tak kalau nak bawak iron tp iron kat bilik iron?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tapi pandai-pandai awak naa. nt kena rampas akak tk tau hee.

      Delete
  95. assalamualaikum, kak borang semua kena print colour ke, black and white boleh? hehe. sorry tanya soalan mcm tu. takut nanti dia marah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh print colour. sbb urusan rasmi kan ^^

      Delete
  96. Boleh tak kalau pakai sneakers mcm vans/converse gi kuliah? kasut crocs yg bertutup boleh tak pakai utk kuliah (bkn jenis yg lubang2 tu tp yg mmg fully bertutup tp material getah gitu)

    ReplyDelete
  97. Assalamualaikum..kak ain.. Penyapu dgn tong smpah disediakan ke? Klo nk bwak yg sendiri yg kecik je boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak disediakan dlm bilik. tongsampah besaq ada kat luar. boleh saja,

      Delete
  98. Akak spm brpe? Minta maaf tanya.bukan apa,sye bukan budak pndai,result pon tak brpe bgus..tapi ntah mcmne nak jdik rezeki saya Allah bagi,dpt matrik.mule2 ragu2 nk ambik.tapi parents bgi support.. Sye tkut sye tak boleh buat.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak spm 4A saja.. banyakkan berdoa ^^ inshaAllah awak leh buat..

      Delete
  99. Salam kak ain . Terima Kasih sgt utk blog ni . Sgt helpful . Yg sya bca modul I , 2 .. Tu apa ? Sbb sya perakaunan . student akaun pun ada ke tu ?

    ReplyDelete
  100. Salam kak ain . blog akak sgt helpful ! Saya nak tnya yg psl modul 1 , 2 , 3 .. Tu utk sains je ke ? Sbb saya akan ambil perakaunan . Students perakaunan ada jgak kd bnda mcm ni ?
    Stu lgi , utk yg x pki tudung , msa buat activity tu kenalh pki t-shirt kolar tgn pnjg ye ? Klu x berkolar x boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kalau leh lengan panjang.. better berkolar, sbb if pakai tudung takpa, tak nampak bahagian kolar tu

      Delete
  101. Assalamualaikum kak.
    Boleh ke prgi kuliah pkai blouse berkolar seluar pnjg selain dr bju kurung? Kasut sukan mmg kena kasut sukan betul atau boleh k pakai kasut sekolah wrna hitam..? Cadar , bntl ngn selimut mmg kne bwk sndiri eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa baju kurung saja dek..kalau leh bawak kasut sukan betul.. bantal dah ada, cuma takut awak takselesa. yg lain kena bawa sendiri.

      Delete
  102. assalamualikum kak. kan dalam jadual ad dia tulis akademi n peperiksaan bg interaksi 2. tu exam ke ap kak? O.o

    ReplyDelete
  103. assalamualaikum kak/ akademik n peperiksaan bg interaksi 2 dalam jadual minggu pengurusan pljar tu ap? exam ke kak?

    ReplyDelete
  104. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  105. iron akan dirampas time spot check je kan kak? selalu tak ada buat spot check?

    ReplyDelete
  106. assalamualaikum kak sy nk tye akak bwak bju krung byk ke? brpe byk? blik/dorm besar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, akak bwak dl 7-9 helai. bolehlah, utk 4 orang. besaq jua kot

      Delete
  107. hai kak, blog akak sangat helpful utk kiteorang yg baru nk masuk ni , nak taya laa saya dapat no bilik T2.01 , bilik tu kat tepi ke tenga n dekat gn toilet tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepi sekali, dekat sgt dgn tangga. tak jauh dr toilet.

      Delete
  108. assalamualaikum akak. sy nk tanya yg pengesahan tu, yg ada saksi dgn penjamin tu je ke kene buat pengesahan. kalau sijil2 koku sy tak cop pengesahan takpe kan? dgn ic & surat beranak kalau x cop pengesahan takpe ke? tq kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sijil koku takpa rasanya.. ic/surat beranak akak da lupa. ce tanya office.

      Delete
  109. Akak , kalau kita dh byr yuran pndftrn , pastu tak lama pastu dpt surat twran uat dip , duit yg byr utk pndftran tu boleh dapat balik ke ? sekiranya kita xg matrik tu ,

    ReplyDelete
  110. slm, kak nk tnye skit la, ni pasal dokumen yg kne bwk mse pendaftaran nnti. yg saksi tu kne ade jgak ek.. kalau ade nk brape saksi 1 ke 2?. and kalau gune pengetua skola bole x? thx.

    ReplyDelete
  111. Kak, kat bilik kita boleh pilih nak katil memana atau dah ditetapkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. katil,, act dah ditetapkan. tapi masa akak g akak main amek ja. huhu. tapi kena bincang dgn roomate awak lah.

      Delete
  112. akak , dia yg confirm2 kita dftr time kita g dftr kat sne kan ? kalau kita tak melapor diri , dia anggap kita menolak kan ?

    ReplyDelete
  113. Kak, nak tanya, kat sana WiFi OK tak? Lambat tak? Kena beli broadband lebih baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak lambat..yup guna broadband lebih baik ^^

      Delete
  114. Time orientasi setiap masa ke pakai baju tshirt?

    ReplyDelete
  115. kak, blok asrama smpai tgkat bpe? dlu kak duk kat blok dan tngkat bpe?

    ReplyDelete
  116. kak yg saksi oleh kerajaan tu ape ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak ingat, tapi ada org org dia yg leh jd saksi.

      Delete
  117. Asalamulaikum Kak , nak Tanya sikit ni:
    1.perlukah salinan ic dan Surat beranak tu di cop pegawai kerajaan?
    2.boleh kah tukar modul 1 kepada modul 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. akak rasa better awak call office. boleh tukar

      Delete
  118. kak kat matrikulasi perak tu ade kisah2 seram x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, tp tak da la banyak sangat. nt korg masuk korg tau la haha

      Delete
  119. akak,ape password student wifi ek? heee

    ReplyDelete
  120. Salam kak
    Saya xdpat matrik 2014/2015
    Mmg sedih..saya spm dpat 7a bio dan fizik dpt b ,add math c+ dan kimia d..akak rasa boleh ke sya dpt ryuan pst?

    ReplyDelete
  121. Hi akak:) blog kak sgt helpful..tq so much. Akak sy nak tanya ni pljr non muslim blh pkai jeans kann?sowy i tanye soalan pelik sbb confuse gilee psl pakaian ni.Klau pljr muslim pkai baju kurung so non muslim mcm mane ni.....????Sorry soalan pelik..Hehehehehe:)

    ReplyDelete
  122. Akak ada rak buku ke dalam bilik?

    ReplyDelete
  123. saya bakal student matriks perak ni ~ ^^ akak~ thank you so much for post ni sgt helping :') nak tanya sikit boleh? boleh tak bawak extensions? boleh tak nak stock up makanan dalam dorm? air panas nak amik kat mana eh?
    lepas minggu orientasi dah boleh keluar outing tak? thank you so much ~ harap akak boleh jawap soalan saya~~

    ReplyDelete
  124. Akak ..sy nk tanya nati waktu pendaftaran..kte akn msok asrama ..parent bole ikut ke...

    ReplyDelete
  125. Assalammuaaikum, akak katil tu sebuah2 ke atau doubledecker? Tq

    ReplyDelete
  126. Salam akak... saya nak tanya in terms of pakaian.. muslims memang kena pakai baju kurung tiap2 hari ke? jubah boleh pakai tak? wifi disediakan di setiap blok atau macam mana? outing boleh pakai baju bebas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah waktu kuliah. Jubah boleh je. Tapi jarang la tengok orang pakai kat sini. Wifi blok dapat kat aras bawah or tingkat satu. Kalau tingkat 2 macam bilik sy dah tak dapat connect.

      Delete
  127. Salam... just nak tnya, tingkat 1 asrama bawah sekali or kne naik 1 tangga?

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?