Kecewa dengan sikap sahabat lelaki.

Assalamualaikum. Hi semua :)
Pada tengah malam yang sunyi sepi ni ain nak cerita tentang sahabat. Lol, kenapa dengan sahabat?
Tapi ni khas untuk sahabat lelaki sahaja, why? Heh ada lah sebabnya.
You know what. Ain dah selalu sangat terasa dengan budak lelaki ni. Mengimbas kembali masa zaman sekolah.

Oh, ain ingat ain sorang je yang terasa. Tapi rupanya ramai yang terasa dengan mereka-mereka ni.
I dont want to mentions their name, biar kami sahaja yang tahu siapa mereka ni.
Kebanyakan lelaki suka berkawan dengan perempuan yang cantik pada paras rupa kan?And sometimes their never look at our heart, especially for those who were not beautiful in their eyes.
Alahai, mereka ni selalu buat kami ni macam nampak tak nampak je. And benda yang paling buat kami menyampah ialah bila ada hal penting, tak siap homework dan sebagainya mulalah cari kami yang tak berapa nak lawa ni. Tapi bila lepak ke borak ke, kalau ada kawan perempuan yang lagi lawa. Kami ni pun dia buat tak tahu je, macam kami ni tunggul kat situ.
Orang lawa boleh la kata mereka tu peramah, baik dll.. tapi pada hakikatnya mereka tu tak la sebaik mana pun.

Orang lain mungkin tak terasa seperti yang ain rasa.
Ain sampai menangis bila teringat kat satu kejadian ni. Masa dah sampai rumah pun ain terus naik bilik dan menangis. Sometimes, ain terfikir kenapa Allah bagi ujian sebegini kat ain. And sometimes ain tertanya-tanya kenapa Allah tak bagi kepada aku rupa paras yang cantik seperti orang lain. Agaknya dengan rupa paras yang cantik tu baru mereka nak kawan dengan aku kot x(
Almost every week ain akan menangis sebab ain tak tahan dengan cara layanan dorang.
But people never know. Ain nak share dengan someone tapi ain takut dia terasa sebab dia ni lawa and mereka tu la yang selalu layan dia. Dan ain? dipinggirkan...

Dan kadang-kadang mereka tak suka kehadiran ain. Macam mana ain tahu? Well, kawan ain tu yang bagitahu. Nasib baik dia jenis kawan yang baik, kalau tak sampai bila-bila pun ain takkan tahu perangai mereka tu.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya dan sakitnya hati ain pada masa tu.
Depan ain layan baik ja, tapi belakang ain?haihh, kalau boleh tak nak langsung ain ada kat situ dengan dorang.
Lama-kelamaan ain mula sedar kenapa Allah bagi rupa paras sebegini kat ain. Dan ain mula berfikiran positif. Sebab tu kalau ada orang ajak jumpa, Ain akan tolak. Cukuplah dengan pengalaman yang lepas.
Kawan dah bertahun-tahun tapi lepas jumpa sekali, dah tak contact terus. Thanks to Aidil sebab buat ain macam ni.

Susah kan nak jumpa kawan yang ikhlas berkawan dengan kita?Dalam sepuluh orang tu, kadang-kadang sorang pun tak ada yang ikhlas dengan kita.
ramai kata ain comel. Eh kalau ain comel sangat la kan takkan la si mereka tu nak buat ain macam ni. Haha.

Baca ni :

Ain takkan lupa apa yang korang buat kat ain dan juga kepada rakan-rakan ain. Ain takkan maafkan korang selagi ain belum rasa nak maafkan. Ain takkan lupa apa yang Mrs.x cakap kat ain pasal korang. Thanks a lot wehh x) Korang memang kawan yang BAIK.


Wahai kaum Hawa yang jelita, bersyukurlah kamu atas bonus yang Allah berikan untuk anda. Jangan terlalu riak dan bangga dengan paras rupa anda yang jelita kerana Allah boleh tarik bonus yang dia bagi tu pada bila-bila masa sahaja :)
Orang cantik ni biasanya ada ramai kawan. Dan kawan mereka pula tersangat lah caring sehinggakan selalu bertanya tentang dia  pada setiap jam. Lol.

Dan ingatlah kawan yang baik tidak memandang pada paras rupa atau kemewahan dia tetapi hanya pandang pada tutur kata dan perangai dia, sebab kawan baik yang akan menemani kita sampai bila-bila.
Tak semua manusia yang kacak tu baik, dan tak semua manusia yang kurang kacak tu baik jugak.
Bergantung pada diri awak.

Tak kisah lah sama ada awak cantik/kacak atau tak, yang penting hati tu mesti baik.
Mungkin ramai tak pandang awak, tapi kadang-kadang ada seseorang yang akan memerhatikan awak daripada jauh. Itu semua kuasa Allah. Okay. Assalamualaikum.

Note :
 Tolonglah berkawan dengan seikhlas hati. Dan bukan mengambil kesempatan berkawan dengan ain sebab nak ngorat  dan tolong kenalkan kawan ain yang lawa-lawa, cun dan sebagainya. Nak ngorat kawan ain silakan, tapi atas usaha sendiri. Terima kasih.
Sekian.


Comments

  1. saya pun bukan kategori cun melecun...syukur kalo orang dapat terima saya dengan ikhlas dan redha apa jer kekurangan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Ruang komen saya mempunyai sedikit masalah. Jika urgent sangat hendak bertanyakan soalan boleh ke instagram saya @nurain.adzra (Latest edit : 15.10.2019)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?