Minggu Orientasi di Kolej Matrikulasi Perak

Assalamualaikum. Hi semua. Cepat betul kan ain update blog. Hihi. Sekarang dekat rumah, jadi ada la masa nak mengadap laptop kesayangan ni. Bila dah sampai matrik nanti, dah tak ada masa nak update blog. Okay, so entri kali ni ain akan bercerita tentang minggu orientasi dekat Kolej Matrikulasi Perak. Ain rasa setiap tahun cara orientasi dia sama, tapi tapi mungkin dia ada tambah aktiviti lain-lain.
Sejujurnya, minggu orientasi adalah minggu yang memenatkan. Sumpah penat. Sampai korang tak sempat mandi/makan dan rehat cuma sau jam saja okay.Hanya sempat untuk makan jika korang makan dengan laju dan kena pergi solat berjemaah untuk subuh,zohor,asar,maghrib,isyak. Wajib tau.
Masa hari pertama (ISNIN) selepas pendaftaran, petang tu dah kena pergi DSK (Dewan Sri Kinta) . Tak ingat kena pergi sana sebab apa, haha. Tapi memang kelam kabut, masa tu dahlah penat kemas barang. Lepas tu, kena turun DSK. Dahla jauh gila, kena turun bukit lagi. Wuuu~

Hari-hari yang lain ada aktiviti bersama AJKO. Mesti korang pelik kan apa lah itu AJKO. Dorang ni abang dan kakak senior KmPk. Dorang banyak berkongsi cerita tentang zaman mereka masa kat matrik dulu. Dan mereka ni sangat sporting. Terutama *Abang Adik* . Heheh, budak matrik kmPk je tahu siapa dia :P Memang awesome perghhh laa !
Dorang ni laa ajar main macam-macam. Contohnya, lagu bukit yang cantik. Lagu siput. Buat ombak ramai-ramai. Haha, memang asyik tergelak je tengok gelagat dorang. Dan ain bernasib baik sebab terjumpa seorang akak AJKO ni. Sempat tukar-tukar nombor, manalah tahu nanti bolehlah ain tanya apa-apa kat dia memandangkan akak tu ambil modul 3. Dan keputusan Semester 1 , dia dapat 3.85. Awesome kan : D
Dan masa minggu orientasi tandas akan penuh gila ! Untuk mengelakkan korang daripada berebut tandas/menunggu lama. Korang kena bangun pukul 3.30 atau 4 pagi. Then, korang tidurlah balik :) Percayalahh wahai bakal adik-adik matrikulasi sekalian, mesti ada yang menangis/ homesick sebab rindukan rumah. Minggu orientasi memang betul-betul mencabar diri dan minda kita. Mana yang dah biasa duduk asrama, dorang akan nampak rilek jea.
Alhamdulillah ain tak menangis/homesick, cuma penat sebab naik turun bukit je. Lepastu, nanti korang akan dapat group sendiri masa minggu orientasi. Ini dinamakan KMM. Alaa, macam kat sekolah dulu, ada kaitan dengan kaunseling la jugak. Hee tapi seronok tau sebab dapat kenal kawan-kawan baru. Heheh. Ohyaa lupa nak bagitahu, minggu orientasi ni korang kena bangun sebab korang kena pergi masjid tau. Haaa so pada siapa-siapa yang tak biasa bangun awal, bawa la jam loceng banyak-banyak okay : D Lepastu tidur pun lambat tau, dalam pukul 12 atau 1 pagi. Heee.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang menarik tapi dah lupa laa. Hehe, kalau nak tahu lebih lanjut sila lah menerima tawaran ke KmPk ni : D
Kehidupan kat matrik ni seronok, tapi kena rajin belajar. Sebab kita kat matrik ni tak sampai setahun pun dalam 10 bulan je tau. Lebih cepat daripada asasi. Kalau rasa nak rilek, jangan masuk matrik okay? Masuklah IPTA, IPTS, Politeknik dan Form6. Terpulang pada kemampuan masing-masing. Haa okaylah sampai sini je ain menaip. Penat dah ni.
Lepas ni ain akan sambung cerita tentang pembelajaran di KmPk ni. Bye !

Tu mak sayaa : D tengah tunnu ain habis daftar kat tingkat atas. ngee.



masa hari pendaftaran. RamAi gilaaa : D

Comments

Anonymous said…
Saya dapat matriks perak. And insha Allah pergi may ni. Modul 1 susah tak?
Saya pon dapat dekat Matriks Perak, daftar 25 mei ni :)
Saya pon dapat dekat Matriks Perak, daftar 25 mei ni :)

Popular Posts