TAWARAN MATRIKULASI


Assalamualaikum. Hi semua. Maaf sebab lama tak update blog dan juga blogwalking ke blog-blog anda. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Haa, sibuk buat apa? Eeee adalah. Sibuk je kan :p
Jengjengjeng....
Nampak tak gambar kat atas tu? Haaa, ain dapat tawaran pergi matrikulasi Perak. Ada yang dapat sama tempat dengan ain tak? Hmm.
Mungkin ain tak pergi sebab..... K ni ayah tak berapa nak bagi pergi sana. Ada sebabnya.
Dan sama dengan kawan ain, dia pun cakap sebab yang sama. Jadi, matrikulasi.... Mungkin ain terpaksa tolak, dan tunggu diploma/Mara.
Takpelah, rezeki ada kat mana-mana :') Janji sambung belajar. Inshaallah boleh berjaya kan.
Kalau ain dapat Mara, ain takkan lepaskan peluang tu. Tapi peluang sangat tipis sebab ramai yang apply kan. Hm hm.

Dan seterusnya pada hari yang sama, ain ambil Ujian JPJ !  Okay, memang masa tu happy sebab dapat tawaran matrik, tapi bila dah pergi sri muda. Aiseyy, cuak k cuak T.T
Tapi nasib baik ada kawan. Eheh, tapi tak boleh bagitahu nama dia. Nanti korang tahu. Kesian dia. Heheheheheh : D
Ain dapat num yang ke 65. Jadi kena tunggu lama sikit ah. Wuuu, lama jugak lah tunggu. Masa tu giliran orang yang dari num 1-40. Kiteorang pun tengok ah dari jauh dorang buat camane.en. K masa mula-mula ramai gila gagal bahagian BUKIT. Satu-satu turun dari kereta sebab gagal. Ain dah risau dah.
Sebab bahagian tu ain cam lemah sikit. Haha. Yang akak iqa kat sebelah pun dah cuak.
Dah nak habis num 40. Giliran orang yang ke 41-80. Ya Allah masa tu macam-macam perasaan ada.
Takut, rasa nak g toilet, rasa nak balik rumah, rasa macam tak nak ambil ujian pun ada T.T
Then ain pun tunggu je giliran ain. K masa menunggu tu, kelakar gila.
Ada lah orang ni dah lulus bahagian bukit, then dia nak turun. Ain rasa dia tekan minyak kuat sangat.
Sekali turun macam orang nak drift. Haha, ramai terkejut dan gelak. Tapi ramai jugak buat macamtuu =.=

Hm hm dlam beberapa minit lepastu, tibalah giliran Ain ! Oh k masa tu kereta ada satu pulak =.=
Terkial-kial nak betulkan tempat duduk. Check cermin, dan sebagainya.
Dah masuk gear dah, angkat klash ( tak tahu ejaan macam mana) tapi tak gerak. K dah mula rasa pelik.
Hm hm free gear balik, then masuk gear 1 , tak gerak jugak. Rupanyaaa...
Tak turun brek tangan ! Ya Allah , punyalah lama ain kat situ, Hahaha. Dah gugup sangat camtu laa.
Lepas dah mula gerak, ain bawak dengan hati-hati. Takut masa kat selekoh terkena divider. Dah nak sampai bukit ain pusing stereng dengan hati-hati, lepastu dah agak-agak kereta selari dengan bukit.
Ain terus tekan minyak. Dan akhirnya cermin sisi selari dengan tiang ! Masa tu rasa macam nak melompat ! Haha. Lepas tu ain tunggu arahan pegawai tu untuk turun. Ain risau kalau terbuat drift. Habis semua orang gelak t =.=

Lepas dah lulus bukit, kena pergi parking pulak. Parking ain tak berapa risau. Sebab ada step dia, cuma takut lupa step. Tapi alhamdulillah, ain lulus parking. Lepas tu pergi dekat 3 penjuru pulak. Yang ni ain risau kalau kena garisan. Tapi nasib baik masa tu.....HEE....rahsia ! Dan pegawai tu cakap lulus !
Yeayyy, ain dah lulus bahagian 2. Alhamdulillah. Muka berseri-seri je. Haha.

Dan sekarang ain tunggu untuk bahagian jalanraya. Ni laa yang paling ain takutkan.
Alhamdulillah ain dapat pegawai yang tak bercakap. Dia diam je. Tu yang best, tak de aa mengacau orang bawak kereta. Tak macam masa QTI, pegawai tu membebel je dari mula smpai la habis.
Ain bawak macam apa yang cikgu ajar, gear pun dah okay. Cuma tak mahir lagi. Tapi masa tu kereta tak banyak, memang gembira laa. Haha. Bawak pun senang hati je. Dah sampai kat simpang, tepat-tepat pulak traffic light tu bertukar merah. Jadi ain tak risau sebab kereta yang menghala ke arah ain tu kena berhenti. Haha. Nasib baik ohh.

K malas nak cerita apa yang terjadi lepas tu. Tapi masa nak ke bulatan yang terakhir, ada kereta honda ni hampir-hampir nak langgar kereta ain. Tapi pegawai tu cepat-cepat tolak stering ke kanan. Nasib baik tak jadi apa-apa. Dan pegawai tu mintak maaf. Hehe. Mungkin sebab dia rasa dia menggangu ain masa ain drive, tapi ain faham dia terpaksa. Kalau tak agaknya dah kemalangan kot =.=
Jadi memang terbukti pemandu di Malaysia ni sangat BRUTAL. Agak-agaklah kan kalau nak cepat pun. Tak nampak ke orang tengah amek ujian JPJ ni. Hurrr. Macam-macam ragam manusia ni.
Apapun masa dah habis drive, markah yang ain dapat 16/20. Sebab ada benda yang senang ain tak buat.
Alhamdullillah, lulus juga akhirnya :')

So panjang gila kan cerita ain? Terima kasih pada yang sudi baca. :*
Oh okay, ain nak tidur ni. Assalamualaikum.

Comments

hazzim™ said…
taniah2 .. perempuan drive keta klaka gile .. byk JPJ bwk balik mase aku amik bulan 3 dlu .. muahahaha
ziera sharplet said…
tahniah, kita dapat Perlis :)

18 tahun? jom baca. sbg pengetahuan :)

http://cokelatitumanis.blogspot.com/2012/04/program-matrikulasi-kpm-20112012.html
NurainSuperr said…
@cinta nabella terima kasih kakak comel : )
NurainSuperr said…
@hazzim™haha terima kasih. haha, tapi aku tak : D err, tu laa pasal, ramai jugak yg jpj bawak balik kot. haha
NurainSuperr said…
@ziera sharplet terima kasih :) hehe, jauh nya perlis :o
Yeah, akan baca :)

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?