AWESOME SATURDAY !

Assalamualaikum.
Hi semua. *kenyit mata* . Hari ni ain rasa seronok gilaa. Kenapa?
Haa, ni laa ain nak cerita. Tadi kat Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana ada buat Hari Keusahawanan. Jadi ain pun datang lah kejap nak jenguk sekolah. Datang sebagai bekas pelajar :(
Okayy, rindu sekolah....rindu cikgu...rindu semuanya.....
Hm hm k ain pergi naik kereta. Tapi kali ni bukan abah ain yang bawak tapi tapi jyra yang bawak :o
Pertama kali dalam sejarah, naik kereta yang dipandu oleh kawan ! Hehe. Rasa cuak tu ada lah sikit, tapi jyra bawak okay. Jadi hilang lah rasa cuak tu.
Gerak memang lambat gila, dalam 10.30. Masa dalam perjalanan nak ke sekolah, tiba-tiba ada orang bergaduh kat tepi jalan. Ya Allah, dah la pakai besi T.T Menakutkan k. Lepas tu yang si perempuan ni pulak cakap kuat-kuat. 'Janganlah gaduh lagi. ****mak betul lah' (Anda mesti faham)
K dengan rambut yang ala-ala yang kena air karat, then mencarut lagi. Memang tak senonoh.

Lepastuu, dah sampai sekolah. Masa nak masuk, tengok laa pakaian budak-budak yang datang. Ya Allah, ni pavi ke sekolah? HAHA. Mentang-mentang kat KL ada perhimpunan Bersih. Then, kau pakai macam tu ke sekolah. Hot k Hot sangat.
Ain beli kupon RM5 je, yang jyra pulak g beli RM10. Kiteorang jalan laa tengok makanan. Tengok-tengok tak ada makanan yang best pun =.=
Seriously laa ain cakap tahun ni lebih kurang macam tahun lepas, makanan tak berapa menarik lah.
Hm hm, lah lah kiteorang habiskan kupon dengan membeli air sahaja. Lepastu jyra beli aiskrim goreng, yang ain tak beli makanan apa-apa lagi. Hmm, akhirnya kiteorang buat keputusan nak beli burger.
K nak dekat satu jam tunggu burger tu. Dahlah panas , bahang pulak tu. Berdiri pulak depan tempat masak burger.
Tadi pun ada jumpa kawan sama batch dengan ain, ramai jugak ah. Selvia, Aqashah, Akem, Nuris, Faradiela, Sabrina, Hidayah, Nadza, Alifah, Rashid dan lain-lain. 

Lepas je dapat burger, terus balik rumah. Bersiap untuk ke Subang Parade ! Jyra dah siap awal-awal jadi dia duk tumpang rumah ain jap untuk rehatkan badan. Yang ain terkial-kial nak bersiap.
Haha,  pakai maxi dress dengan cardigan tambah selendang hitam dengan bag coklat dan juga tidak lupa kasut tinggi (supaya lebih nampak tinggi)

K untuk bahagian ke subang parade ain tak nak cerita banyak-banyak. Walaupun banyak benda kelakar yang berlaku. Takut ada orang tak puas hati..... Tralalala.
Kat subang parade ada event iaitu I ♥ Bazaar @ Subang Parade. Kat sini ada bazar yang menjual baju, aksesori dan sebagainya dengan harga yang murah. So tiada harga postage sekali ! : D
Ain beli rantai, kat booth Avant La Mode. Cantik gilaaaaaaaaaaa kot semua rantai dia !
Yang paling ohsemmm, ada satu rantai ni dari US. Harga pun tak mahal >.<
Ada jugak yang jual kek lapis Sarawak, selendang, baju, skirt, tudung bawal, kasut flat, dan sebagainya.
Harga pun tak cecah RM50. Jadi jimat sikit duit korang.
Hmm, ada lagi satu bazar dekat Rasta TTDI. Tapi takkan nak rush pergi sana dalam 1 hari kan? Penat je yang menbawa kereta. Kesian dia. Apapun harini memang ohsemmm :)

P/s : pasni nak pergi KL Vintage Festival. Nak pergi :(

Comments

Popular posts from this blog

Barang-Barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi

KOLEJ SWASTA NI KAYA BETUL KAN

Matrikulasi? Susah atau senang?